Wartawan Muda Berbakat BBC, Hanna Yusuf Meningg4l Dunia Secara Mengejut

WARTAWAN berbakat BBC News, Hanna Yusuf, dilaporkan meningg4l dunia secara mengejut pada usia 27 tahun.

Perkara itu disahkan oleh keluarga Allahy4rham dalam satu kenyataan pada Isnin, bagaimanapun punca kem4tian Hanna tidak dimaklumkan.

Menurut kenyataan tersebut, pihak keluarga amat terkesan dan berduka dengan pemergian Allah4rham, selain meminta supaya diberikan ruang kepada mereka sekeluarga.

“Ramai akan mengenali Hanna atas sumbangan luar biasanya dalam dunia wartawan dan tempat kerjanya di BBC.

“Walaupun kami bersedih dengan kehilangannya, (namun) kami berharap legasi Hanna akan menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada rakan sekerja dan komuniti, dan kenangan indah beliau akan terus diingati,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Sementara Pengarah BBC News, Fran Unsworth menyifatkan pemergian Hanna sebagai kehilangan besar dalam dunia wartawan.

“Hanna Yusuf adalah seorang wartawan muda berbakat yang sangat dikagumi di seluruh BBC dan ucapan takzi4h kami kepada seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan,” katanya memetik Telegraph.

Hanna mencipta nama dalam dunia wartawan kerana artikel-artikel penyi4atan yang dihasilkan beliau termasuk lap0ran pendedahan mengenai nasib pekerja Costa Coffee yang didakwa tidak dibayar cuti s4kit dan cuti tahunan, dan bekerja di luar kontrak.

Dilahirkan di Somalia pada tahun 1992, Hanna dibesarkan di Netherlands dan menerima biasiswa Scott Trust bagi menyambung pengajiannya di peringkat Sarjana dalam bidang Kewartawanan di Universiti London pada 2017.

Sebelum menyertai BBC, Hanna menulis untuk penerbitan seperti Guardian, The Independent, The Times, Berita Islam, the Pool dan Majalah Grazia.

Sumber : Awani

 

 

 

Be the first to comment on "Wartawan Muda Berbakat BBC, Hanna Yusuf Meningg4l Dunia Secara Mengejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*