“Demi Anak Tolong Hentikan Semua Ini ..” – Sharnaaz Ahmad Minta Isteri Tak Beri Kenyataan Mengenai Kes Percer4ian

Pelakon Sharnaaz Ahmad meminta isterinya, Noor Nabila Mohd Noor menjadi matang dan tidak memberikan lagi kenyataan berhubung proses percer4ian mereka.

Menerusi laporan Harian Metro, dia bimbang masalah itu bertambah keruh sekali gus memberi kesan terhadap anak mereka, Jebat Jayden Ahmad yang berusia setahun.

“Saya tidak mahu isu ini berpanjangan dan biarlah mahk4mah menentukan. Apabila kes dibawa di mahk4mah, biar semua orang tahu siapa yang memulakannya.

“Demi anak, tolong hentikan semua ini. Sejak awal saya beritahu jangan jadikan kes ini kecoh.

“Hari ini, mungkin Jebat tidak tahu membaca, selepas lima atau enam tahun dia akan tahu dan bertanya di mana ibu dan bapanya,” kata Sharnaaz.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

selfie ini adalah satu paksaan ya anakku 😂 ❤️❤️❤️

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

Jika percer4ian yang dimahukan Nabila, Sharnaaz memberitahu dia reda dengan ketentuan Ilahi biarpun ia bukan permintaannya.

Dalam pada itu, Nabila menegaskan keputusan untuk berpisah dicapai secara persetujuan bersama selepas usaha memperbaiki hubungan mereka menemui kegagalan.

“Saya terkejut dengan kenyataan Sharnaaz sebelum ini seolah-olah dia tidak menjangkakan permohonan cer4i, sedangkan kami bersetuju bercerai secara baik, aman dan damai.

“Saya menerima surat perjanjian cer4i daripada Sharnaaz pada 26 Ogos lalu dan dia meletakkan beberapa terma percer4ian. 

“Selepas berbincang dengan peguam, kami bersetuju memfailkan kes di mahk4mah pada 27 Ogos,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Happy Birthday to me, and the Garmin Fenix 6! Let’s celebrate in style. What I love about the Garmin Fenix 6 that it has really impactful capabilities such as 1. Smart notifications 2. Quickfit bands with many colours to choose from 3. Music storage up to 2,000 songs 4. Body Battery monitor that measures my stress level and sleep quality 5. Most importantly it keeps my heart rate in check Garmin is having a special roadshow for one of it’s highly anticipated series of watches. Head over to East Atrium side of Midvalley (Opposite Uniqlo) to check them out. They are also having a contest from 28 August – 1 September on ground. Be sure to check it out. Tag me if you’re there! East Atrium Mid-Valley, Level G 10am – 10pm #WatchoutforGarmin #Garminfenix6my @garminmalaysia

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Nabila telah memuat naik sekeping foto, dipercayai di Kompleks Mahk4mah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Nabila berkongsi foto terbabit di laman Instagram Story miliknya.

Dalam pada itu, Nabila juga turut memuat naik kata-kata yang menguatkan spekulasi yang dirinya kini berhadapan dengan masalah rumah tangga.

Sebelum ini, perkahwinan antara Sharnaaz dan Nabila dikatakan pernah berdepan masalah bermula Februari lalu.

Namun, perhubungan mereka dilihat semakin pulih, sejak Mei lepas.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden, pada Ogos tahun lalu.

Sumber: Harian Metro

 

Be the first to comment on "“Demi Anak Tolong Hentikan Semua Ini ..” – Sharnaaz Ahmad Minta Isteri Tak Beri Kenyataan Mengenai Kes Percer4ian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*