Nasir terkilan Amy Search tak sempat beri penghormatan terakhir kepada Yazit! Ini rupanya yang berlaku..

PEMAIN gitar bass kumpulan Search, Nasir Taib mengakui terkilan penyanyi utama kumpulan itu, Suhaimi Abdul Rahman atau dikenali Amy Search tidak sempat pulang dari Jakarta, Indonesia bagi memberi penghormatan terakhir kepada pemain dram, Allahy4rham Yazit Ahmad yang meningg4l dunia.

Nasir yang juga pengasas utama kumpulan rock terkemuka tanah air bersama Allahy4rham Yazit berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Amy hari ini menyuarakan permohonan maaf kepada beliau, ahli Kumpulan Search lain dan ahli keluarga Allahy4rham kerana tidak sempat pulang disebabkan tuntutan kerja.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎ Yazit Ahmad telah kembali ke rahmatullah 26 Sept 2019. Salam takziah buat seluruh keluarga dn Semoga tabah melalui dugaan ini. Ya Allah, Ya Rabb Moga Kau menerima taubat nya, ampunkn dosa nya dn di tmpatkan di syurga Mu tanpa hisab. AmeenYRA بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيم صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

A post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on

Menurutnya, Amy juga berasa terkilan kerana tidak dapat bersama dengan seluruh ahli kumpulan Search bagi menziarahi jen4zah Allahy4rham Yazit yang selamat dikebvmikan di Tanah Perkubvran Raudatul Sakinah, Taman Selasih di sini petang tadi.

“Saya berpesan kepada Amy sekiranya sempat pulang, maka cubalah pulang kerana kesemua ahli kumpulan Search sudah bersaudara sejak 40 tahun lalu. “Sekiranya sempat, baliklah dan jika tidak, saya anggap ini ketentuan takdir.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un (انا لله وانا اليه راجعون)

A post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on

Apapun, selama 40 tahun kami susah senang bersama, setiap ahli keluarga Search tiada galang ganti dan saya tidak dapat terima apabila kami tidak lengkap,” katanya dengan nada sebak.  Nasir berkata, selain beliau, anggota Kumpulan Search lain seperti Kid (Hamzah Abdul Taib) dan Nordin (Taib) sudah menziarahi Allahy4rham sewaktu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) H0spital Kuala Lumpur (HKL) malam semalam.

Menurutnya, Allahy4rham Yazit sangat rapat dengannya dan sangat mengenali hati budi masing-masing disebabkan keserasian permainan muzik antara mereka berdua selaku pemain gitar bass dan dram. “Kehilangannya memberi kesan besar dalam hidup saya kerana Allahy4rham Yazit merupakan tangan kanan saya sepanjang memperjuangkan muzik Kumpulan Search sejak 40 tahun lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un (انا لله وانا اليه راجعون)

A post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on

Sumber : Awani

Be the first to comment on "Nasir terkilan Amy Search tak sempat beri penghormatan terakhir kepada Yazit! Ini rupanya yang berlaku.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*