Penyanyi Naim Daniel berkongsi foto bersama kakaknya yang sedang memakaikan sampin untuknya.
Menurut Naim, kakaknya selalu membantunya untuk memakai sampin sejak dia kecil lagi.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Naim telah mencuri tumpuan netizen dengan menulis kapsyen berbunyi :
“Wanita ini sentiasa membantu saya untuk pakai sampin sejak saya kecil lagi, dan sekarang untuk persediaan pertunangan saya, love you kakak,”.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meningg4lkan respon berbeza, ada yang seakan-akan terkejut dengan kenyataan Naim, dan ada juga yang menyifatkannya sebagai gurauan.
“Bertunang? Terkejut tapi gembira untuk awak, tahniah.”
“Nasib baik aku dah move on sikit.”
“Nasib baik menipu,” tulis netizen.
Walaubagaimanapun, Naim ada membalas komen netizen dengan mengatakan dia hanya bergurau.
“Saja test kapsyen je guys, hahahaha,” tulisnya.
Sedikit info mengenai Naim, penyanyi berusia 21 tahun ini mulai aktif di industri hiburan pada usia kanak-kanaknya sekitar tahun 2008.
Naim kini popular dengan lagu terbarunya yang berjudul Sumpah.
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.
Sumber: Gempak
Be the first to comment on "“Sekarang Untuk Persediaan Pertunangan Saya.” Naim Daniel Dah Nak Bertunang Ke?"