Bekas ratu cantik Moscow 2015, Rihana Oksana mendedahkan dia mengalami depre3esi postpartum atau dalam erti kata lain ‘meroy4n’.
Jelas Rihana, 26, perasaannya boleh bertukar-tukar daripada gembira hingga benar-benar tertek4n sehingga 10 kali dalam masa sehari disebabkan situasi itu.
“Sangat kerap saya mendengar fenomena ini daripada individu yang baru bergelar ibu. Kelahiran bayi boleh mencetuskan pelbagai em0si, daripada teruja, seronok hingga keresahan.
“Namun, ia juga boleh menjadikan anda sesuatu yang tidak terduga iaitu depre3esi.
“Bagi saya, apa yang saya perhatikan mood saya boleh berubah dengan cepat, daripada ceria menjadi sangat tertek4n dan ia boleh berlaku daripada sekali hingga 10 kali dalam tempoh sehari.
Tambah Rihana, kebanyakan wanita yang baru bergelar ibu mengalami situasi itu selepas melahirkan bayi.
“Wanita yang baru bergelar ibu biasanya mengalami postpartum baby blues selepas bersalin, yang biasanya menjadikan seseorang itu jiwa kacau, keresahan dan sukar untuk tidur.
“Jadi, saya mahu bertanyakan kepada ibu-ibu muda bagaimana anda melalui fasa ini?” getus Rihana lagi.
Meninjau ruangan komen di Instagram Rihana, ramai dalam kalangan netizen bersimpati atas situasi yang dilalui Rihana dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Rihana sebagai memetik laporan media antarabangsa sebelum ini dikhabarkan telah melangsungkan perkahwinan pada November 2018 dan dikurniakan seorang bayi lelaki, Tengku Ismail Leon Petra yang kini berusia tiga bulan.
Be the first to comment on "“Saya Boleh Berubah Daripada Ceria Menjadi Sangat Tertek4n Sampai 10 Kali Sehari” – Rihana Oksana"