Pelakon filem Paskal, Hairul Azreen awal malam tadi ada memuat naik foto kenangan sebuah kereta dan motorsikal berkuasa tinggi yang dibelinya tidak lama dulu menerusi Instagram.
Bagaimanapun, atas faktor bernazar, pelakon berusia 30 tahun itu sanggup menjual dua ‘permainan’ kegemarannya itu, demi keluarga tercinta.
“Nazar saya untuk anak ke-2 jual superbike & super car. Demi keluarga dan saya telah jual pun #HarapDapatBeliBasikalBaru (last tu hanya tambahan) hahaha #FamilyFirst,” tulisnya.
Hairul, Hanis timang anak kedua
Pelakon, Hanis Zalikha, 28, selamat melahirkan cahaya mata kedua.
Berita gembira itu diumumkan oleh suaminya, aktor, Hairul Azreen, 31, di Instagram miliknya
Bintang filem Paskal itu juga meluahkan kesyukuran kerana isteri dan puterinya berada dalam keadaan sihat.
“Assalamualaikum, saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira.
“Pada bulan Ramadan ini isteri saya, Hanis, selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen, petang tadi (jam) 5.59 petang,” tulisnya.
Dalam perkongsian yang turut disertakan dengan gambar dirinya bersama si kecil, Hairul juga memberitahu kedua-dua anaknya dilahirkan pada hari Jumaat.
Perkongsian berkenaan dengan pantas mendapat perhatian peminat dan teman artis yang rata-rata memberikan ucapan tahniah selain mendoakan kebahagiaan keluarga itu.
Sementara itu, pasangan selebriti terbabit turut mewujudkan akaun rasmi Instagram puteri mereka, iaitu @thealisaaisyah.
Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015. Pasangan itu turut dikurniakan cahaya mata lelaki, Yusuf Iskandar, yang kini berusia tiga tahun.
Foto: Instagram Hairul azreen
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : MH via BH
Be the first to comment on "Hairul Azreen Terpaksa Jual Kereta & Motorsikal Demi Anak"