Usahawan kosmetik, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin ada berkongsi satu rakaman video di laman media sosial akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Joy telah meluahkan perasaan mengenai kisah dunia percintaannya.
Aku mencintaimu bukan kerana “siapa kamu”..tetapi kerana “siapa aku” ketika aku bersama mu. #MERVEtheunicorncollection,” tulisnya.
Dalam pada itu, terdapat seorang individu yang telah bertanya satu soalan kepada usahawan kosmetik berkenaan.
“joy nk tnya .. asal makin lama tudung mcm nk tnggl? tnya je,” tulis individu tersebut pada ruangan komen.
Lantas, usahawan kosmetik berusia 32 tahun itu membalas pertanyaan individu tersebut.
“insyallah tetap tak akan tanggal.. doakan ya sis,” tulisnya.
Terdahulu, Joy telah bercerai bersama suaminya yang juga merupakan seorang penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun.
View this post on Instagram
Selain petua kecantikan.. paling ramai yg minta joy share petua 👉🏻 Mcm mana joy selalu tenang & kekal positif selepas di kritik / di kecam teruk 😅😂 Sampai hari ni yg pernah jadi haters dlm media sosial, ramai dh jadi kawan baik joy.. siap kami boleh share rezeki sama2.. syukur alhamdulillah 🤲🏻 . Kat sini joy nk share 12 Petua/Tips utk kawan2 supaya bertindak LEBIH BIJAK & dapat SEJUKKAN HATI walau di kecam hebat setiap hari.. Insyallah 🤲🏻 . 1. JANGAN MEMBALAS KOMEN NEGATIF Jgn mbalas komen walau ada haters yg cuba provoke di ruangan komen. Contoh, kalau ada yg provoke “kau ni mmg bodoh lah” , so jgn la pulak kita reply : “kau tu lagi bengap bodoh” / “lantak la IG aku, bukan IG kau..” 😂🤣 Jgn reply mcm tu ya adik2/kakak2, ini membuat kita mewujudkan lebih ramai musuh & nmpk diri kita tak matang. Boleh reply dgn komen positif / biasa joy reply alhamdulillah je (dulu2 je joy selalu sentap tapi skrg dh kebal) 😅 Tapi kalau rasa komen terlalu melampau, just remove & block saja sbb kuasa block ada dihujung jari anda. 😅 . . 2. JANGAN BACA SATU PERSATU KOMEN DI PAGE VIRAL Biasanya joy tak baca komen2 kalau ada isu ttg joy berlegar di page viral. Sebab dorg akan serang bertubi2 kat situ. Lebih baik kita selamatkan tlebih dahulu hati kita drp baca kritik2 yg teruk tu. Hari ni mereka mbawang ttg kita di media sosial, besok dorg sibuk potong bawang di dapur pulak 😅 so chill, benda boleh reda tak sampai 24jam pun. . . 3. JANGAN UP AYAT PERLI-PERLI DI STATUS KALAU TAK PUAS HATI Perbuatan up up ayat2 perli di ruangan status mmg akan mporak peranda kan persahabatan mahupun kekeluargaan. Ini mmg kisah benar. Kdg kita nk perli pd orglain tapi kawan yg lain pula terasa. Seriously, jgn amalkan up ayat marah2, hina2 atau maki2 di status media sosial sbb org ramai akan baca keperibadian kita. . 4. TAK PERLU MENGENAL PASTI MUSUH / HATERS Ini mmg sikap joy dari dulu. Joy tak stalk pun siapa musuh/haters sbb tu kalau joy terjumpa/terserempak golongan2 ini, joy tak akan rasa dendam apa2 & tetap mesra melayani mereka.. sampai lah individu tersebut mengaku sendiri yg dia pernah jadi haters tapi —> bersambung di Facebook Page Joy : Joy Revfa 👈🏻
A post shared by Founder of MERVE Cosmetics (@joyrevfa) on Jul 28, 2019 at 8:59pm PDT
Foto : Instagram Joy Revfa via Media Hiburan
Be the first to comment on "“Asal Makin Lama Tudung Macam Nak Tanggal?,”- Peminat Tanya, Ini Jawab Joy Revfa!"