Meski nampak ayu dan pemalu, namun siapa sangka rupanya penyanyi, Wany Hasrita juga gemar sakat rakan selebriti lainnya.
Malah, sebelum ini ada rakan artis yang turut sama berkongsi sikap penyanyi Terlalu Memuja ini yang suka mengusik dengan riak wajah selambanya.
Terkini, bintang media sosial, Norreen ada berkongsi video pendek bersama penyanyi berkenaan menerusi Twitter miliknya.
“Wany Hasrita boleh tahan jugak ek dia kenakan aku,” tulis Norreen.
Wany Hasrita boleh tahan jugak eh dia kenakan aku 😭😭😂😂 pic.twitter.com/Jc2yGhUnpn
— NORREEN (@norreen143) August 4, 2019
Tapi betul lah, masa breakfast kat hotel, tengok muka Wany adoi bangun pagi pun lawa macam tu. Yang aku muka macam kena langgar dengan trak.
— NORREEN (@norreen143) August 4, 2019
Laki aku lah , aku suruh bukak spotlight pun padam !
— NORREEN (@norreen143) August 4, 2019
Menerusi video yang dikongsikan beberapa hari lalu itu, Norren ada meminta Wany untuk menghadiahkannya dengan sebuah lagu.
Lalu apabila ditanya lagu apa, Wany dengan spontan menyanyikan bahagian chorus lagu berjudul Bila Izrail Datang Memanggil – Selimut Putih.
“Norreen rasa terus nak pakai tudunglah. Wany carut Norreen eh,” tanya Norreen sambil dinafikan Wany.
Rata-ratanya terhibur dengan gelagat spontan dua bintang berkenaan. Malah, lebih lucu apabila lampu dipadamkan apabila Norreen bertanya sama ada dia cantik atau sebaliknya.
Sehingga kini, video tersebut sudah pun ditonton lebih 200,000 kali bersama hampir 20,000 ulang kicau.
Foto: Twitter Norreen via Media Hiburan
Be the first to comment on "“Bila Izrail Datang Memanggil” – Instafamous Norreen Terpaku, Wany Hasrita Nyanyi Tepi Telinga"