“Kalau Aku Beli Barang Dapur”- Sajat Nasihati Peminat Yang Pergi Konsert Billie Eilish

“Demam” konsert Billie Eilish yang tengah melanda kepada sesetengah netizen sekarang pastinya tidak reda lagi. Terbaru, Sajat juga turut memberikan komen mengenai penganjuran konsert tersebut.

‘RM500 Tempat Duduk Hujung?’

via Tiktok makstoberi

Di Tiktok, terdapat satu perkongsian daripada pemilik akaun @makstoberi yang menunjukkan komen Sajat mengenai konsert Billie Eilish yang baru saja diadakan pada Khamis lepas.

Dalam video tersebut, Sajat seolah-olah mempersoalkan harga yang dibelanjakan oleh peminat untuk menonton Billie Eilish dengan apa yang peminat dapat pada hari kejadian.

…RM500 hujung sekali? Kau nampak dia semut. Tak payah. Kalau aku RM500 aku beli barang-barang dapur…

Artis Tempatan Buat Konsert Cakap Mahal?

Tambah Sajat lagi, perkara tersebut adalah apa yang terjadi dalam kalangan netizen sekarang ini. Sajat juga turut menyatakan bahawa netizen akan mula rasa mahal sekiranya konsert tersebut dianjurkan oleh artis tempatan seperti Siti Nurhaliza dan Aina Abdul.

Sedangkan apa yang netizen akan dapat di konsert artis tempatan adalah lebih baik daripada apa yang diperolehi semasa menghadiri konsert antarabangsa.

…Tapi itula sebenarnya… bila Siti Nurhaliza buat konsert kata mahal, Aina abdul buat konsert kata mahal, lagila, Aina Abdul buat konsert dalam Istana Budaya…

Mendapat Reaksi Netizen

Melihat di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Sajat tersebut. Malah ada juga yang menyatakan bahawa pemikiran Sajat semakin bernas setelah menetap di Australia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://murai.my/

 

 

 

Be the first to comment on "“Kalau Aku Beli Barang Dapur”- Sajat Nasihati Peminat Yang Pergi Konsert Billie Eilish"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*