“Netizen titip doa yang terbaik buat Zizi Kirana”-Melangkah keluar dari rumah membawa maruah suami! Akhirnya Zizi Kirana nekad buat pilihan ini!

Penyanyi rap bersuara lunak, Zizi Kirana memaklumkan bahawa dia tidak akan lagi menyanyikan lagu-lagu lamanya kerana sudah tidak selari dengan imejnya yang kini sudah bertudung.

Dia yang ditemui media berkata, lirik-lirik lagunya yang terdahulu sudah tidak relevan dengan penampilannya yang sudah menutup aurat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

Zizi juga memberi contoh karya yang tidak akan dinyanyikan lagi selepas ini seperti lagu Siapa Yang Bap Bap dan NAKKETAKNAK.

Bagi saya, apabila saya sudah seperti ini (bertudung dan menutup aurat), lebih baik saya memilih untuk menyanyikan lagu yang lebih bersesuaian. Jadi saya tidak akan nyanyi lagu lama yang tidak seiring dengan imej saya kini.

Dalam pada itu, Zizi berkata pihak penganjur juga seperti sudah memahami situasinya kini dan tidak pernah meminta menyanyikan lagu yang sudah tidak sesuai dengan imej terbarunya ketika di sebarang majlis dan acara persembahan.

Jujur, saya berasa bersyukur kerana saya tidak perlu terangkan kepada mereka, seolah-olah mereka sudah memahami.

Manakala, lagu-lagu yang masih akan dinyanyikan pada masa akan datang, ini jawapan Zizi Kirana.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

“Lagu-lagu seperti lagu Eh. Ketika proses rakaman lagu tersebut, saya sudah tahu lagu sebegitu yang akan saya nyanyikan pada masa akan datang” ujarnya.

Petikan dari sebuah FB,

Zizi Kirana.

Dia cantik. MasyaAllah. Sungguh. Dari dulu pun dia memang cantik. Sekarang dia tukar pakaian dia. Dia ubah semua. Dari saiz paling kecik jadi baju paling besar.

Apakah dengan merubah pakai baju gedobos tu dia jadi tidak cantik. Langsung tidak. Cantik juga. Sama macam biasa.

Kali ni dia kata nak jaga maruah suami. Dia sedar dia ada bahu yang selain boleh disandar, bahu itu punya hak untuk dijaga. Jangan dihenyak berat berlebihan ke atasnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

Wanita ini Allah ciptakan kuat. Dia diciptakan dengan bahunya sendiri. Yang di atas bahunya juga ada beban. Sebaik saja dia keluar dia dari rumah, dia bukan membawa dirinya semata-mata.

Tapi dia juga membawa nama baik keluarga. Maruah suaminya. Martabat ibu ayahnya. Juga tauladan mata anak gadisnya.

Pakai baju besar tak buat kita ketinggalan zaman. Pakaian besar tak buat kita hilang kecantikan. Pakaian besar tak buat kita lemas terbeban. Pakaian besar tak jadikan kita lambat buat pekerjaan.

Zizi membuktikan. Tak akan ada yang kurang dengan pakaian yang lebih.

Kita bukan sekadar wanita.

Kita adalah duta keluarga.

Kredit: FB Siti Suryani Yaakop

Terdahulu,

Penyanyi popular, Zizi Kirana mendedahkan bahawa dia enggan menyanyikan lagu-lagu lamanya yang mempunyai lirik yang kurang bersesuaian dengan imej terkininya yang berhijab.

Menurut Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 37, terdapat beberapa buah lagunya yang tidak lagi sesuai untuk dinyanyikan di hadapan umum seperti lagu Siapa Yang Bap Bap dan Nak Ke Tak Nak.

“Takkan saya sudah berimej sebegini nak menyanyi lagu seperti itu lagi. Mesej-mesej di dalam lagu itu tidak sesuai dengan imej saya yang berhijab seperti nak ajak orang lepak mamak semua. Kalau umur dah masuk 40, takkan nak menyanyi lagu ‘siapa yang bab bab’,” katanya sambil ketawa.

Tambah isteri kepada pelakon Yusof Bahrin ini, sejak berhijab penganjur juga tidak pernah memintanya menyanyi lagu-lagu lama yang ‘daring’.

“Mereka faham sendiri. Jadi mudah kerja saya. Saya tak perlu jelaskan kepada mereka kenapa saya tidak mahu menyanyi lagu-lagu lama,” katanya.

Zizi Kirana – Gambar oleh Helmi Anuar Menggunakan Iphone 13 Pro

Zizi Kirana – Gambar oleh Helmi Anuar Menggunakan Iphone 13 Pro

Ditanya adakah suaminya turut mempengaruhi keputusannya untuk tidak lagi menyanyikan lagu-lagu sebegitu, kata bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ketujuh ini, suaminya sama sekali tidak masuk campur.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

“Sebenarnya sejak saya berkahwin, bila saya melangkah keluar dari rumah saya sentiasa ingat bahawa saya keluar membawa maruah suami dan keluarga. Itu yang saya kena jaga. Usia juga semakin meningkat. Jadi saya kena pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri,” jelasnya.

Kongsi Zizi lagi, tidak selamanya dia akan menyanyikan lagu berentak Hip Hop dan bercadang untuk menghasilkan lagu-lagu dakwah serta lagu yang berentak ‘world music’.

Zizi ditemui di majlis sidang media pelancaran konsert Faztival Fazura dimana dia merupakan salah seorang penyanyi yang akan membuat persembahan pada konsert yang bakal berlangsung di Arena Axiata Bukit Jalil pada 11 September ini.

Bercerita dengan lebih lanjut mengenai pembabitannya dalam konsert ini, kata Zizi dia sangat terharu apabila diundang idolanya sendiri iaitu Nur Fazura.

Zizi Kirana (tengah) ketika menghadiri PC Faztival Fazura. – Gambar oleh Helmi Anuar Menggunakan Iphone 13 Pro

Zizi Kirana (tengah) ketika menghadiri PC Faztival Fazura. – Gambar oleh Helmi Anuar Menggunakan Iphone 13 Pro

“Saya merupakan peminat Fazura sejak dari dulu lagi. Saya sukakan gayanya yang sangat santai dan tak suka buat benda yang pelik-pelik. Saya selalu bertanyakan tentang Fazura daripada jurusolek. Dan hari ini adalah kali pertama saya bertemu dengannya.

“Macam mana saya boleh terbabit dengan konsert ini pula, sebenarnya saya telah menghubungi pengurus Fazura iaitu Iman Tang untuk bertanyakan tentang tiket konsert kumpulan Dewa. Tiba-tiba, dia tawarkan saya untuk membuat persembahan di konsert Faztival Fazura bersama Ahmad Dhani dan Mulan Jameela di samping Fazura sendiri.

“Saya sebenarnya tak tahu macam mana nak jelaskan perasaan saya apabila dipilih oleh idola sendiri. Tetapi apa yang boleh saya katakan saya sangat bersyukur dan teruja serta tak sabar nak membuat persembahan.

“Tetapi dalam masa yang sama saya juga berdebar melihatkan barisan penyanyi yang akan membuat persembahan nanti hebat-hebat belaka,” katanya. – Getaran, 17 Ogos 2022

Sumber YouTube, beautifulnara

 

Be the first to comment on "“Netizen titip doa yang terbaik buat Zizi Kirana”-Melangkah keluar dari rumah membawa maruah suami! Akhirnya Zizi Kirana nekad buat pilihan ini!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*