‘Kau Ingat Gel3k Di Khalayak Tu Dapat Pahala Ke?’ – Ustaz Ahmad Dusuki

Nama selebriti versatil Ifa Raziah menjadi bualan hangat di media sosial sejak minggu lalu.

Bermula dengan tular video bergelek di sebuah majlis keramaian, diikuti dengan penjelasan Ifa yang menegaskan yang dia berbuat demikian selepas usai majlis akikah dan dibayar sebanyak RM20,000 untuk membuat persembahan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah)

Terbaru, Ifa sekali lagi menjadi bualan ramai selepas menempelak netizen yang meminta dia untuk bergelek ketika siaran langsung di TikTok.

Pelakon berumur 46 tahun itu menegaskan dia tidak akan menuruti permintaan sekiranya tidak menerima sebarang bayaran.

Bukan free tau. Aku duduk dalam dunia ini tak ada buat benda free. Semua berbayar. Bukan setiap hari kita untung, ada masanya kita tak untung macam orang berniaga seperti saya.

Ada masa yang tak ada show (persembahan), ada masanya saya laris di pasaran di mana saya ada tiga atau empat kali show.

Tapi, kalau yang masuk ini (siaran langsung di TikTok) ini mahu saya bergelek, suruh menyanyi, benda itu bukannya free tapi berbayar. Kalau masuk duit dalam akaun, saya boleh bergelek. Dengan bayaran, tiada benda free di dunia ini.

Kenyataan itu mengundang pendakwah terkemuka, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani untuk menegur pemilik nama Saripah Raziah Mustaph di Facebook.

Tak semua boleh bawa masuk duit tu menjadi keuntungan bagi kehidupan kita, yang di bimbang jika yang masuk duit tu membawa kepada kecel4kaan di masa depan kita.

Setiap mukmin akan disoal di hadapan Allah nanti dari mana ia mendapatkan hartanya dan kemana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah.

Jika hartanya hanya mengenyangkan perutnya, tergolek goleklah ia di akhirat nanti, menjawab di hadapan Allah, lebih lebih lagi hartanya dari sumber menggolek meng3lek pvnggungnya di khalayak ramai di dunia ini.

Kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke? Bangganya kau!!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page 

Sumber: OhBulan

 

 

Be the first to comment on "‘Kau Ingat Gel3k Di Khalayak Tu Dapat Pahala Ke?’ – Ustaz Ahmad Dusuki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*