Tahniah! Anakanda Al-Sultan Abdullah Tamat Graduasi, Genggam Ijazah Sarjana Muda Sains Di Universiti Terkemuka!

Pejam celik kedua-dua anak diraja Pahang iaitu Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Yang Amat Mulia Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah kini telah pun tamat pelajaran dalam peringkat ijazah Sarjana Muda semalam.

Peroleh Ijazah Sarjana Muda Sains

Menjengah ke Instagram rasmi Istana Negara, Tengku Ahmad Ismail dianugerahkan ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kriminologi dan Sosiologi. Manakala Tengku Puteri Afzan memperolehi ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan dan Perakaunan.

Kedua-dua ahli kerabat diraja Pahang ini memperolehi ijazah Sarjana Muda dari kampus Royal Holloway, University of London di Egham, Surrey, United Kingdom.

“Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah dianugerahkan ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kriminologi dan Sosiologi.

Manakala, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pula telah dianugerahkan ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan dan Perakaunan.” Tulis Istana Negara

via Instagram Istana Negara
via Instagram Istana Negara
via Instagram Istana Negara
via Instagram Istana Negara

Agong Dan Raja Permaisuri Berkenan Hadiri Majlis Graduasi

Melihat muatnaik yang dikongsikan di Instagram Istana Negara ini, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menghadiri majlis graduasi anakanda baginda berdua.

via Instagram Istana Negara

Turut sama menghadiri majlis konvokesyen Tengku Ahmad Ismail dan Tengku Puteri Afzan adalah Tengku Muhammad Iskandar, Tengku Puteri Ilisha dan Tengku Puteri Jihan bagi meraikan majlis graduasi adinda baginda.

via Instagram Istana Negara

Rakyat Jelata Titip Ucapan Tahniah

Perkongsian berita yang dikongsikan menerusi media sosial Istana Negara ini mendapat perhatian rakyat Malaysia, dan rata-rata ramai rakyat jelata memberi ucapan tahniah buat Tengku Ahmad Ismail dan juga Tengku Puteri Afzan.

“Alhamdulillah. Tahniah kepada kedua-duanya dan Tuanku juga.”

“Tahniah Tengku berdua @t.aimshah @tengkuputeriafzan.”

“Tahniah kepada Tengku berdua” komen mereka

via Instagram Istana Negara

“Alhamdulillah. Tahniah YAM Tengku Ahmad dan YAM Tengku Afzan serta DYMM Agong dan DYMM Permaisuri!”

“Best moments Tuanku.”

“Tahniah.” Titip mereka

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

Sumber: Murai.my

Be the first to comment on "Tahniah! Anakanda Al-Sultan Abdullah Tamat Graduasi, Genggam Ijazah Sarjana Muda Sains Di Universiti Terkemuka!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*