Pernah dipingg1rkan dan diberi bayaran setaraf watak extra, ‘Dendam Seorang Isteri’ penyelamat Aidit Noh

Pelakon Aidit Noh pernah merasakan dirinya dipinggirkan dan hanya diberikan watak tambahan selain ada menyangka dia sudah meninggalkan dunia lakonan.

Aidit atau Ahmad Aidit Noh, 29, berkata, lebih menyed1hkan apabila mendapat sesuatu tawaran bayaran diberikan setara dengan pelakon tambahan yang disifatkan tidak set1mpal.

“Sebelum ini saya memang berehat seketika kerana ingin memberi tumpvan kepada pelajaran dan disebabkan itu saya jarang muncul di televisyen sehingga ada menyangka saya sudah tinggalkan dunia lakonan.

Aidit berkahwin pada Mei 2021 bakal menimang cahaya mata pertama bersama isteri sekitar November depan.

“Ketika itu memang rasa seperti dipinggirkan sehingga tiada tawaran berlakon kecuali sebagai watak tambahan. Ada produksi panggil berlakon tetapi bayaran setara dengan pelakon tambahan,” katanya kepada mStar.

Pun begitu, Aidit tidak pat4h semangat untuk menaikkan kembali namanya dalam industri meskipun perlu bermula daripada bawah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aidit Noh (@aiditnohh)

Peluang melakonkan watak Naufal dalam drama fenomena Dendam Seorang Isteri kata Aidit telah membuka jalan buatnya untuk kembali ke landasan yang betul bagi membuktikan dirinya sebagai seorang pelakon berbakat.

“Sebelum kahwin dia kata boleh terima, tetapi selepas berkahwin baru dia tahu bagaimana cara saya bekerja.”

AIDIT NOH

PELAKON

“Saya sedar kehadiran ramai pelakon baru mempengaruhi kerjaya lakonan tetapi saya tidak berputus asa untuk kembali bangkit dan Alhamdulillah tawaran berlakon dalam Dendam Seorang Isteri telah membuka kembali jalan saya dalam industri.

“Saya susun kembali strategi dan perlahan-lahan memperbaiki diri serta tidak kisah bermula dari bawah. Alhamdulillah Dendam Seorang Isteri buka jalan dan kembali mendapat perhatian peminat dan industri,” ujarnya.

Sementara itu, berkongsi tentang kehidupan peribadinya, Aidit yang melangsungkan perkahwinan pada Mei tahun lalu memberitahu tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinanya dengan isteri dikenali sebagai Hanani.

Aidit tak kisah bermula dari bawah bagi membina kembali namanya sebagai pelakon.

“Saya berkahwin ketika negara dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi ia dilangsungkan dalam suasana sederhana. Hanya segelintir yang mengetahui perkara itu tambahan pula kerjaya lakonan saya masa itu agak perlahan.

“Jadi mustahil untuk saya mencanang tentang perkahwinan… Awalnya saya fikir nak beritahu selepas kelahiran anak sulung tetapi kebetulan drama Dendam Seorang Isteri sedang mendapat sambutan hangat.

“Jadi saya maklumkan sahaja biar kisah kerjaya dan peribadi itu bergerak seiring,” jelasnya.

Aidit bersyukur sambutan hangat Dendam Seorang Isteri membuka semula peluang buatnya aktif dalam bidang lakonan.

Tambah Aidit, isterinya kini sedang hamil lima bulan dan dijangka melahirkan anak sulung mereka sekitar November depan.

Bercerita mengenai penerimaan isteri terhadap kariernya sebagai aktor, Aidit tidak men4fikan wanita itu pada awalnya sukar menyesuaikan diri dengan jadual penggambarannya yang tidak menentu.

“Sebelum kahwin dia kata boleh terima, tetapi selepas berkahwin baru dia tahu bagaimana cara saya bekerja. Tetapi lama-lama dia okay, maklum sahaja kita ini bekerja hampir 80 peratus dengan wanita.

“Saya akan benarkan isteri periksa telefon selain baca mesej di media sosial, bila sudah lama-lama dia tak kisah, tetapi saya sendiri pun selepas kerja selesai akan terus pulang ke rumah,” jelasnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: mStar

Be the first to comment on "Pernah dipingg1rkan dan diberi bayaran setaraf watak extra, ‘Dendam Seorang Isteri’ penyelamat Aidit Noh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*