Hasil kerja ker4s 5 tahun, akhirnya Alieff Irfan dapat beli kereta sport McLaren 720S bernilai RM2 juta

IMPIAN personaliti media sosial, Alieff Irfan ingin memandu kereta sport jenama McLaren 720S akhirnya tercapai apabila dia berjaya memiliki kenderaan itu.

Meluahkan rasa syukur atas kurniaan rezeki itu, Alieff atau nama sebenar Muhd Aliff Irfan Aziki, 25, menganggap ia merupakan satu kejayaan buat dirinya selepas bertvngkus lvmus bekerja keras selama ini.

Kata Alieff, sepatutnya pembelian kereta mewah itu dilakukan sebelum Hari Raya Aidilfitri, namun berdepan kel3watan atas beberapa faktor.

“Syukur dan Alhamdulillah apa yang saya impikan selama ini tercapai. Awalnya nak pakai hari raya lepas, tetapi dapat masa hari raya haji. Kereta ini juga menjadi pembakar semangat untuk saya yang tiada apa-apa sebelum ini.

“Ini juga merupakan sebahagian daripada kerja keras selama lebih lima tahun ini,” katanya kepada mStar.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alieff Irfan (@irfxn__)

Alieff bersama isteri, Bella dan kereta McLeren 720S mereka.

Sebelum itu, Alieff berkongsi kegembiraan dan keterujaannya memiliki kenderaan berwarna hitam itu menerusi laman Instagram pada malam Isnin.

Dalam pada itu, YouTuber terkenal ini menjelaskan tujuannya memuat naik rakaman video dan foto di media sosial adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan pengikut.

“Dalam dunia ini tidak mengira sama ada kita berbuat baik atau j4hat, semuanya akan menjadi buah mulut orang.

“Namun, bagi saya ini adalah satu pencapaian yang dapat saya buktikan mengenai usaha ker4s selama ini.

“Saya memuat naik gambar itu dengan niat untuk berkongsi dan berterima kasih kepada mereka yang selama ini banyak menyokong,” jelasnya.

Screenshot 2022-07-04 at 11.48.05 PM

Pasangan ini teruja menantikan kelahiran cahaya mata kembar mereka sekitar September depan.

Menerusi carian di laman web jualan kereta wapcar, harga kenderaan tersebut dianggarkan bernilai lebih RM2juta.

“Dalam dunia ini tidak mengira sama ada kita berbuat baik atau jahat, semuanya akan menjadi buah mulut orang”

ALIEFF IRFAN

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

Dalam pada itu, Aliff turut berkongsi perkembangan terkini isterinya, Nurul Nabilah atau mesra disapa Bella yang kini sedang hamil anak kembar.

“Alhamdulilah, isteri sekarang sedang mengandung tujuh bulan dan insyaAllah sekitar September depan nanti akan bersalin anak sulung kami. Doakan yang baik-baik dan dipermudah semua urusan.

“Buat masa sekarang kami tidak membuat banyak persiapan, tetapi insyaAllah segalanya akan diselesaikan sebelum Hari Raya Aidiladha nanti,” jelasnya yang masih merahsiakan jantina anak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: mStar

Be the first to comment on "Hasil kerja ker4s 5 tahun, akhirnya Alieff Irfan dapat beli kereta sport McLaren 720S bernilai RM2 juta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*