Pelakon baharu ‘dem4nd’ dan bes4r kepala! Rashidi Ishak dah biasa hadap artis berm4salah, engg4n tegur secara terbuka

I$U pelakon baharu yang bersik4p dem4nd dan tidak berdis1plin ketika berada di set penggambaran sering kali diperkatakan dalam kalangan penggiat seni tempatan.

Bukanlah i$u baharu, pelakon Rashidi Ishak berpendapat hal itu merupakan perkara biasa yang kerap berlaku dalam industri seni.

“Dari dahulu lagi perkara ini sudah berlaku. Ketika saya mula sertai industri seni pun sudah ada pelakon yang demand dan mula merasakan diri mereka bagus.

rashidi 2

Penampilan watak Rashidi dalam drama Hantu Raya Pergi Perang.

“Sekarang ini orang mengatakan jumlah pengikut di media sosial menjadi isu sedangkan ia adalah perkara biasa. Sebelum ini mana-mana pelakon yang mukanya kerap keluar majalah akan terima banyak tawaran kerja.

“Rasanya stesen televisyen sekarang ini cuba untuk imbangkan perkara tersebut. Tidak ada masalah nak ambil sesiapa pun berlakon jika seseorang itu berbakat,” katanya kepada mStar.

Rashidi mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran drama Hantu Raya Pergi Perang di RexxKL, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pernah berhadapan dengan situasi pelakon baharu yang besar kepala, Rashidi, 49, bagaimanapun berkata dia tidak mahu terlalu terbuka dalam memberi tegvran.

Dia turut menasihatkan rakan artis supaya lebih memahami kehendak pasaran semasa dan tahu untuk menonjolkan diri dalam industri seni.

“Banyak kali saya lalui pengalaman pelakon baharu berma$alah. Saya hanya akan tegvr jika saya adalah pengarah atau penerbit sesebuah projek. Kalau kami sama-sama berlakon, lebih baik diam sahaja.

“Sebagai artis profesional, perlulah faham kehendak pasaran. Semua ini adalah rezeki masing-masing. Jika rasa tidak dikenali, tonjolkan diri anda,” jelasnya.  

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: mStar

Be the first to comment on "Pelakon baharu ‘dem4nd’ dan bes4r kepala! Rashidi Ishak dah biasa hadap artis berm4salah, engg4n tegur secara terbuka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*