“Saya Tak B0doh…” – Sharnaaz Beb4s Dengan Jaminan P0lis, Bakal Adakan Sidang Media

Tiga hari dalam tahanan reman, aktor, Sharnaaz Ahmad yang dibebaskan dengan jaminan polis tengah hari tadi (20 Jun), kelihatan tenang menjawab pertanyaan-pertanyaan dilontarkan wartawan yang sudah siap menunggunya di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Tidak menceritakan secara terperinci mengenai dakwaan menvmbuk dan menendang seorang lelaki yang juga pengawal ke$elamatan di sebuah kond0minium di Segambut, pelakon lelaki itu bakal mengadakan sidang media dalam masa terdekat untuk menjelaskan secara terperinci mengenai in$iden berkenaan.

“Sekarang ini saya dah selesai dengan siasatan polis. Insya-Allah tiada apa-apa. Yang digembar-gemburkan, hati-hati sebab ia masih dalam siasatan dan apa yang dikeluarkan oleh pihak media tidak benar.

“Tunggu peguam saya dan kenyataan yang saya akan buat dalam masa terdekat. Insya-Allah, saya akan ceritakan perkara sebenar. Saya akan buat sidang media dalam masa terdekat,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

Berdasarkan laporan Utusan Malaysia sebelum ini, dikatakan seorang rakan pelakon menghantar minyak masak kepada aktor berkenaan di kediamannya, namun pengawal ke$elamatan terbabit tidak membenarkan rakannya masuk

Kemudian, berlaku pertengkaran mulut antara rakan pelakon dan pengawal keselamatan tersebut sebelum Sharnaaz dikatakan turun ke tempat kejadian dalam keadaan mar4h, lalu terus menumbuk dan menendang muka, dada serta perut mangsa.

Sinonim dengan sifat panas baran, Sharnaaz bagaimanapun menjelaskan perkara itu sama sekali tidak ada kaitan dengan sikapnya itu serta menafikan tuduhan ke atasnya. Dia juga berterima kasih kerana masih ramai yang percaya aktor berkenaan tidak ber$alah.

“Saya tak b0doh untuk lakukan sesuatu yang begitu. Kepada yang buat spekulasi, tunggu cerita sebenar akan keluar. Saya percaya saya tak ber$alah. Saya akan buktikan pada semua ada kebaikan yang saya buat dalam ini yang orang tak tahu, yang tak diceritakan dan yang akan diceritakan di m4hkamah nanti.

“Nanti saya akan ceritakan dengan terperinci bersama lawyer saya, tak boleh cerita panjang sekarang ni sebab masih dalam sia$atan dan belum masuk m4hkamah lagi. Insya-Allah dalam masa terdekat.

“Saya ingin bersihkan nama, nama keluarga dan nama jenama-jenama di belakang saya. P4nas b4ran memang sinonim dengan saya tetapi tiada unsur panas baran di sini. Tiada langsung dan saya buat apa yang saya rasa perlu.

“Saya harap jangan terus buat spekulasi dan menuduh saya penjenayah. Bukan pasal penjenayah tetapi bantuan siasatan polis,” katanya yang berharap agar umum mendengar kenyataan kedua-dua belah pihak agar dapat memahami situasi sebenar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

Sumber:Cari

Be the first to comment on "“Saya Tak B0doh…” – Sharnaaz Beb4s Dengan Jaminan P0lis, Bakal Adakan Sidang Media"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*