S3rik kongsi kisah c1nta, Ruhainies nak kukuhkan nama dalam industri seni

STATUS hubungan c1nta Ruhainies dengan kekasih yang dikenali sebagai Mr E menjadi tanda tanya memandangkan aktres tersebut sudah tidak lagi berkongsi mengenai teman lelakinya itu.

Bagaimanapun, pelakon berusia 29 tahun ini berkata dia tidak mahu lagi menjaja kisah cintanya sehingga peminat terlepas pandang perkembangan kerjaya seninya.

Bagi pemilik nama sebenar, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas itu, dia tidak kisah jika net1zen mahu membuat pelbagai spekvlasi mengenai status hubungannya dengan Mr E, ketika ini.

“Saya tidak mahu mengulas sama ada kami masih menjalinkan hubungan cinta atau sudah pvtus. Cukuplah dengan apa yang pernah dikongsikan pada peminat sebelum ini.

RUHAINIES

Ruhainies mahu fokus kerjaya.

“Saya mahu fokus mengukuhkan nama dalam kerjaya seni terlebih dahulu. Sebagai pelakon, saya tidak mahu dikenali sebagai pelakon drama sahaja.

“Sebaliknya mahu juga melebarkan sayap ke layar perak pula,” kata Ruhainies kepada mStar.

Ditanya adakah Mr E tidak kec3wa melihat keakrabannya dengan pelakon k0ntroversi, Zul Ariffin, Ruhainies mengakui, setiap apa yang dilakukan mengikut keputusan sendiri.

“Saya rapat dengan Zul sebagai sahabat dan rakan artis. Sebab itu, saya pilih Zul menjadi gimik dalam klip video malam berinai yang dimuat naik menerusi laman sosial, sebelum ini,” katanya.

“Saya rapat dengan Zul sebagai sahabat dan rakan artis.”

RUHAINIES

PELAKON

Hubungan Ruhainies dengan Zul mula diperkatakan selepas video dan foto aksi mereka menjadi tvlar.

Bagaimanapun, Ruhainies men4f1kan d4kwaan dia dan pelakon filem Sangkar itu menjalinkan hubungan cinta.

Menyentuh filem bergenre seram, Musyrik – Api Neraka Menantimu!, Ruhainies berkata, dia teruja berpeluang membintangi karya bergenre s3ram.

Menerusi filem arahan Arjin Uppal itu, Ruhainies bergandingan dengan Ashraf Muslim dan Aeril Zafrel selaku teraju utama.

“Saya seorang pen4kut, tetapi Arjin berjaya memujuk saya berlakon dalam filem ser4m ini. Saya bertuah bergandingan dengan pelakon berpengalaman seperti Ashraf dan Aeril dalam filem ini.

Ruhainies

Ruhainies bintangi filem seram.

“Aeril banyak membantu memberi tunjuk ajar untuk saya menjiwai karakter Farah seperti tuntutan watak,” katanya.

Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd turut menampilkan barisan pelakon seperti Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.

Mengulas soal lakonan, Ruhainies berkata, dia berdepan cab4ran ketika melakonkan babak dir4suk dalam filem itu.

“Penggambaran filem ini banyak dilakukan pada waktu malam dan babak dirasuk dibuat pada jam 3.30 pagi. Mujur babak Farah dira$uk turut dibantu dengan elemen imej janaan komputer (CGI) untuk menghidupkan lagi karakter,” katanya.

Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! mula menjengah pawagam seluruh Malaysia pada 7 Julai depan. Trailer rasmi filem disiarkan jam 6 petang pada 15 Jun lalu menerusi saluran YouTube/WhiteMerpatiMovies.`

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: mStar

Be the first to comment on "S3rik kongsi kisah c1nta, Ruhainies nak kukuhkan nama dalam industri seni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*