“Bila Saya Diam, Makin…”- Siti Nurhaliza Beri Am4ran

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak lagi berdiam diri malah terus memberi am4ran kepada peniaga dalam talian supaya tidak menggunakan gambarnya untuk melariskan jualan.

Kata Siti Nurhaliza, dia perlu bert3gas kali ini kerana ia turut melibatkan foto bersama suaminya, Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa.

“Bila saya diam, makin ranc4k mereka menyebarkan perniagaan yang tak melibatkan saya atau suami. Gambar saya dan suami dipaparkan dalam iklan perniagaan serta testimoni juga.

“Saya dah banyak kali hadapi perkara ini, pesan saya, berniagalah cara yang betul. Jangan mengambil kesempatan ke atas orang lain,” katanya.

Pelantun lagu Percayalahitu berkongsi luah kemarahannya itu dalam sebuah entri Instagram hari ini.

Menerusi hantaran sama, Siti memuat naik tangkap layar gambar dia bersama suami yang disalah guna peniaga yang menjual produk rambut.

Pesan Siti lagi, semua peniaga harus jujur dalam perniagaan dan tidak sepatutnya menipu pelanggan dengan testimoni palsu.

“Kepada anda yang ada membaca, membeli atau terlihat iklan-iklan sebegini, saya ingin menjelaskan bahawa saya dan suami tidak ada kena mengena dengan produk mereka.

“Berniagalah untuk mencari keberkatan dan bukan untuk melariskan produk dengan menggunakan iklan pal$u.

“Saya harap kita sebagai pengguna akan lebih peka dengan iklan-iklan seumpama ini,” jelasnya lagi.

KOMEN NETIZEN:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "“Bila Saya Diam, Makin…”- Siti Nurhaliza Beri Am4ran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*