Tidak pilih kasih, Jamal Abdillah dah siap rumah untuk anak-anak seorang sebuah

HUBUNGAN antara penyanyi Jamal Abdillah dan anaknya Zaki Yamani sudah kembali jernih apabila raja pop itu memberitahu mereka sudah berhubung dan menjayakan sebuah program realiti bersama.

Jamal berkata, dia enggan membesarkan lagi masalah dalaman keluarganya berikutan ia bukan sesuatu yang baik untuk dikongsikan kepada umum.

“Selepas dia menerima tawaran program tersebut kami ada hubungan. Kami ada buat rakaman video untuk rancangan tersebut.

“Jadi rasanya tidak perlulah saya komen banyak tentang i$u ini,” ujarnya kepada mStar.

Saya tak pernah nak beza-bezakan antara anak-anak.

JAMAL ABDILLAH

PENYANYI

Jamal ditemui pada majlis sidang media Konsert Tribute Seniman Negara: Datuk Seri Ahmad Nawab di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Khamis.

Sebelum ini, salah faham tercetvs selepas Zaki meluahkan rasa rindu apabila sudah enam tahun tidak beraya dengan bapanya.

Jamal kemudian mendakwa dia dihalang bertemu anaknya itu selepas berc3rai dengan ibu Zaki iaitu Fatimatuzahra Samad.

Sementara itu, Jamal menegaskan dia tidak pernah membeza-bezakan kasih sayang antara semua anak-anaknya.

“Saya tak pernah nak beza-bezakan antara anak-anak. Semuanya sama sahaja.

JAMAL

Jamal jelaskan mengenai hubungan dengan anak.

“Saya terbuka untuk menjaga anak-anak semua. Itu semua terpulang kepada ibu mereka. Saya dah sediakan rumah untuk semua anak-anak saya,” katanya lagi.

Untuk rekod, Zaki adalah anak daripada hasil perkahwinan Jamal dengan Fatimatuzahra.

Selain Zaki, Jamal turut mempunyai anak lelaki bernama Osama Yamani hasil perkahwinan dengan Intan Noraina Mohd Yusof.

Pada 1 April 2017, Jamal berkahwin dengan Zai Izzati Khiruddin dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani yang lahir pada Februari lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: mStar

Be the first to comment on "Tidak pilih kasih, Jamal Abdillah dah siap rumah untuk anak-anak seorang sebuah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*