Penangan Drama Melur Untuk Firdaus, Instagram Anna Jobling Dihujani Komen Peminat

Drama Melur Untuk Firdaus baru saja ditayangkan pada 27 Me lalu, namun kerana lakonan mantap yang dipamerkan Anna Jobling bersama Meerqeen berjaya meracun bukan saja penonton tempatan malah juga di luar negara.

Media Sosial Dihujani Komen Peminat

Menjengah ke Instagram heroin drama Melur Untuk Firdaus, Anna atau pemilik nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman baru ini pelakon ini mendapat banyak komen dari peminat setelah memuat naik klip video sedutan episod 7 semalam.

Bintang berbakat ini mendapat banyak komen dan respon dari penonton tempatan dan juga dari luar negara seperti Indonesia, Brunei, Filipina, Arab Saudi dan juga Pakistan.

“Pertama kali lah tengok drama melayu macam ni, syabas anda semua”

“Dah lama tak tonton drama melayu dan ini sememangnya berbaloi! Lakonan anda terbaik dan keserasian sangat (emoji api) suka dari (emoji bendera Brunei)”

“Panggilan dari Pakistan” komen mereka

via Instagram Anna Jobling
“@annajobling tak sabar menunggu episod seterusnya dan sayang anda dari Filipina”

“Di mana saya boleh tonton ini bersama sari kata di Saudi?”

“Hello kak, saya dari Indonesia. Saya pertama kali menonton drama Malaysia dan saya sangat suka” komen mereka

Mahu Sari Kata Bahasa Inggeris

Meninjau diruangan komen di media sosial Anna ini, Murai mendapati ramai penonton dari luar negara menyuarakan pandangan mereka agar drama yang sedang melonjak naik namanya ini memasukkan sekali sari kata dalam bahasa Inggeris.

“Ramai peminat antarabangsa, harap ada sari kata bahasa Inggeris”

“Tolong buat sari kata bahasa Inggeris dalam drama anda, tolong. Anda ada ramai peminat disini di Filipina”

“Nak tonton sangat tapi tak ada sari kata bahasa Inggeris” pinta mereka

via Instagram Anna Jobling
“Menunggu sari kata bahasa Inggeris”

“Mengharapkan sari kata bahasa Inggeris”

“Tolong nak sari kata bahasa Inggeris untuk siri ini” pinta mereka lagi

Hebat betul penangan lakonan Anna bersama Meerqeen dalam drama Melur Untuk Firdaus, drama arahan pengarah Zamri Zakaria dibawah terbitan A Ten Alliance Sdn Bhd ini berjaya meracun ramai peminat dalam dan juga luar negara.

Saksikan drama ini pada setiap hari rabu sehingga sabtu, jam 9.00 malam di slot lestary TV3.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: https://murai.my/

Be the first to comment on "Penangan Drama Melur Untuk Firdaus, Instagram Anna Jobling Dihujani Komen Peminat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*