“Saya Suka Yang Berpendidikan, Lebih Pandai Selesai Ma$alah” – Aishah Azman Kongsi Ciri Lelaki Idaman

Pelakon Aishah Azman masih belum bertemu jejaka yang sesuai untuk menjalin hubungan cinta.

Tak Fobia

Menurut adik kepada pelakon Afiq Muiz itu, dia memilih untuk lebih berhati-hati disebabkan pengalaman yang pernah dilaluinya oleh dirinya sendiri.

“Saya tak fobia, masih membuka pintu hati cuma masih belum berjumpa calon yang sesuai kerana saya lebih berhati-hati. Saya pun sudah ada pengalaman dalam hal begini, jadi lebih mudah untuk saya tahu tentang seseorang itu.

“Paling penting, dia perlu menghormati orang tua, hormati keluarga saya dan diri saya sendiri.

“Selain itu, antara ciri-ciri yang saya suka adalah berpendidikan, kerana bila seseorang itu ada pendidikan, dia lebih pandai untuk menyelesaikan masalah,” katanya.

Aishah berkata demikian ketika ditemui di sidang media dan pelancaran supertelefilem Bangkitkan Aku Kembali di Laman NMR, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur petang semalam.

Via Instagram – Aishah Azman

Didekati Beberapa Lelaki

Dalam pada itu, Aishah akui didekati beberapa lelaki namun memilih untuk tidak melayan mereka setakat ini. Katanya, dia tidak mahu seseorang yang turut bekerja dalam bidang hiburan seperti dirinya.

“Ada saja lelaki yang cuba mendekati ketika ini tapi saya memilih untuk tidak melayan, kalau boleh saya tak mahu orang yang berkecimpung dalam industri hiburan, saya mahu orang luar.

“Yang mendekati itupun bukanlah golongan selebriti, mereka orang biasa. Mungkin juga menepati kriteria yang saya cakapkan tadi?” selorohnya.

Bangkitkan Aku Kembali diadaptasi daripada karya novelis Sophilea di mana ia akan menampilkan genre seram sepenuhnya tanpa diselit unsur komedi dan lain-lain.

Selain Aishah, Bangkitkan Aku Kembali turut menampilkan pelakon lain seperti Amy Nur Tinie, Adam Corrie, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi.

Penggambaran dijangka akan bermula tidak lama lagi dan menyasarkan tayangan di Astro First dalam tahun ini.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: Murai.MY

Be the first to comment on "“Saya Suka Yang Berpendidikan, Lebih Pandai Selesai Ma$alah” – Aishah Azman Kongsi Ciri Lelaki Idaman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*