Tribute Allahyarh4m Siti Sarah Raisuddin Buat Ramai Tersentuh, Shuib ucap terima kasih

“Terima kasih untuk satu nyanyian yang penuh dengan rasa,” Itu reaksi pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu terhadap penyanyi, Aina Abdul saat membawakan lagu Ke Hujung Dunia yang dipopularkan allahy4rh4am Siti Sarah Raisuddin.

Penghargaan dan ucapan terima kasih itu ditulis Shuib di ruang komen pada sekeping gambar yang dimuat naik Aina di Instagramnya.

Aina yang tampil dalam persalinan serba putih mempersembahkan lagu berkenaan dengan penuh penghayatan sebagai tribute buat penyanyi k3$ayangan ramai itu pada Anugerah Meletop Era (AME 2021) yang menutup tirainya, malam tadi.

Selain itu, penyanyi, Misha Omar menyentuh perasaan penonton apabila membawakan lagu Bersamamu yang juga dipopularkan oleh allahy4rh4am.

Misha yang gagal menahan seb4k, menitiskan air mata di akhir persembahan tersebut.

Penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta itu menerusi Instagramnya menyifatkan dedikasi tersebut sebagai satu persembahan yang ‘berat’ untuknya.

Video:

@super_ainatics Sebaknya 😭. Sayang @ainaabdul20 ke hujung dunia ❤🌹 #ainaabdul #kehujungdunia #kehujungduniasitisarah #sitisarah #ame2021 #yangfreshyanglegend #tetibaame2021 #tribute #fyp #foryou #foryoupage #fypシ ♬ Aina Abdul Ke Hujung Dunia Full AME 2021 – Super_Ainatics

@sitizonevids #mishaomar #kakmitch #ame2021 #anugerahmeletopera2021 #bersamamu #tributesong #masukberanda #fyp #merintih ♬ original sound – Manis Terindah

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Astro dan seluruh produksi AME 2021 kerana bagi peluang kepada saya untuk membuat persembahan dalam segmen yang sangat berat sebenarnya untuk saya.

“Tapi saya cuba laksanakan sedaya upaya supaya tidak rosak. Saya nak menyanyi, teriak itu memang banyak sahaja.

“Terima kasih banyak-banyak di atas sokongan engkau orang. Insya- Allah ada rezeki kita jumpa lagi,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber:

utusan

 

Be the first to comment on "Tribute Allahyarh4m Siti Sarah Raisuddin Buat Ramai Tersentuh, Shuib ucap terima kasih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*