Sibvk kongsi di Twitter minta v1ral, m4ngsa l4nggar lari disekolahkan netizen… Rupanya belum buat lap0ran polis!

KEJADIAN langg4r lari terutamanya membabitkan kenderaan yang diparkir seringkali dikongsikan di media sosial.

Tanpa sedikit pun rasa bersal4h, pelaku membiarkan sahaja kenderaan yang dil4nggar tanpa meningg4l sebarang nota atau membuat permohonan maaf.

Perkara sama turut berlaku kepada seorang wanita yang berkongsi tentang hal itu di Twitter pada malam Sabtu lalu.

Dakwa wanita terbabit, keretanya dil4nggar lari di hadapan Eco Ipoh Parade, Ipoh, Perak.

Namun wanita itu bernasib baik kerana terdapat saksi yang menyaksikan insid3n berkenaan malah sempat mencatat dan meninggalkan nota mengandungi nombor pendaftaran pelaku tersebut.

Ciapan yang dibuat mangsa.

Ciapan yang dibuat mangsa.

Wanita tersebut kemudiannya berkongsi maklumat berkenaan di Twitter secara terbuka.

“Ada orang letak nota dekat kereta. Sesiapa yang ada info atau pemilik ALB 23** boleh DM (mesej langsung) saya, kita settle tepi atau nak report,” ciapnya ringkas.

Selain nombor pendaftaran, saksi turut memaklumkan kenderaan yang mel4nggar kereta wanita tersebut adalah jenis Mercedes Benz.

Bagaimanapun perkongsian wanita itu dilihat tidak disenangi warganet kerana dia memililih untuk menvlarkan hal tersebut di Twitter berbanding membuat lap0ran di balai polis.

Keadaan kerosakan kereta mangsa.

Keadaan kerosakan kereta mangsa.

“Kak buat laporan polis dahulu… tu kerja yang akak patut buat sekarang. Bukan kerja nak kena fikir tu valid atau tidak. Buat report baru tindakan selanjutnya boleh dibuat. Kalau sembang kat Twitter, lama-lama boleh dapat maki kak. Yang asas pun tak buat, dah ajak satu Malaysia sembang.

“Tak kisah kalau tidak ada saksi… yang penting report dahulu. At least nombor plat kereta dah ada.

“Lapor bagi pihak polis yang trace. Takut orang tu tak main Twitter.

Antara reaksi warganet.

Antara reaksi warganet.

“Buat report polis saja, nanti boleh check area situ ada CCTV (kamera litar tertutup) atau tidak,” ujar beberapa netizen.

Menyedari tindakannya itu mendapat maklum balas negatif daripada warganet, dia kemudian mengehadkan ruangan komen.

Dalam pada itu mStar mendapatkan penerangan daripada Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Muhammad Nasroul Mohd Sukeri tentang langkah yang perlu diambil sekiranya berdepan situasi sama.

Kenal pasti kerosakan yang dialami, ambil gambar atau rakam video sebagai bukti dan buat laporan polis.

MUHAMMAD NASROUL

JPJ WILAYAH PERSEKUTUAN

Ketika dihubungi mStar, beliau menyatakan bahawa mangsa terlebih dahulu perlu mengenal pasti kerosakan yang dialami.

“Kenal pasti kerosakan yang dialami, ambil gambar atau rakam video sebagai bukti.

“Kemudian, buat laporan polis di balai polis terdekat. Cabarannya di sini, apabila maklumat kenderaan yang melanggar kita tidak dapat dikenal pasti.

Muhammad Nasroul memberi tips jika menjadi mangsa langgar lari

Muhammad Nasroul memberi tips jika menjadi mangsa langgar lari

“Jadi pihak polis akan bertanyakan secara terperinci lokasi berlakunya kemalangan sama ada terdapat CCTV (kamera litar tertutup) atau tidak kerana kebiasaannya kenderaan individu yang langgar lari tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan seperti nombor plat fancy atau kecil,” ujarnya.

Menurutnya lagi, agensi penguatkuasa sangat menitikberatkan kesalahan melibatkan teknikal kenderaan kerana ia membolehkan pelaku dikenal pasti sekiranya berlaku kesalahan seperti kes langgar lari.

Tambahnya, untuk membaiki kenderaan pula, mangsa perlu mengemukakan salinan laporan polis yang lengkap kepada syarikat insuran.

Namun katanya, jika maklumat berkaitan pelaku tidak dapat dikenal pasti, kos kerosakan adalah tanggungjawab mangsa sepenuhnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: mStar

Be the first to comment on "Sibvk kongsi di Twitter minta v1ral, m4ngsa l4nggar lari disekolahkan netizen… Rupanya belum buat lap0ran polis!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*