Netizen buat kerja selidik dakw4an Najib k4hwin dua, anak Fauzi Marzuki jadi sasaran… ‘Sporting’ siap komen kek atas meja sedap!

SELEPAS tular gambar mendakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah beristeri dua, akaun sosial milik individu bernama Nadia Fauzi menjadi sasaran netizen yang mahukan kepastian tentang hal tersebut.

Nadia yang merupakan anak kepada komposer terkenal iaitu Fauzi Marzuki bagaimanapun dilihat tidak memberi sebarang maklum balas terhadap dakw4an ibunya, Hashimah Ramli sudah b3rkahwin dengan Najib sejak beberapa tahun lalu.

“Betul ke awak anak tiri Najib?

“Jadi betul la? Kirim salam pada ayah, saya peminat dia. Ayah yang nama Fauzi bukan Najib,” komen netizen.

Sebelum ini, kec0h satu akaun Twitter milik Salim Iskandar memuat naik foto Najib bergambar dengan sebuah keluarga selain seorang wanita yang merangkul erat lengannya ketika mereka sama-sama meraikan satu majlis sambutan ulang tahun.

Beberapa komen juga turut mengesahkan hal tersebut dan dan ada yang tidak sangka Najib mempunyai isteri kedua selain Datin Seri Rosmah Mansor.

Sementara itu, Nadia menerusi Twitter miliknya turut memberi komen tentang gambar kek yang dikatakan menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Saya tiada kaitan dalam hal ini. Saya tiada apa nak komen

FAUZI MARZUKI

KOMPOSER

“Kek tu sedap.

“Kek pun kena kvtuk, kesian,” ujarnya.

Desas-desus Najib berkahwin dua hangat diperkatakan minggu ini, namun belum ada sebarang penjelasan daripada ahli Parlimen Pekan itu.

Bagaimanapun bekas pengacara RTM, Iesya Toh yang sering berkongsi tentang perkembangan isu semasa dan politik negara mendakwa perkahwinan tersebut sudah lama berlangsung.

“Dalam lama dah pun, benda (hubungan) halal… bukan girlfriend, bukan skandal,” jelasnya.

nadia fauzi 22

Nadia tidak memberi maklum balas pertanyaan netizen.

Sementara itu Fauzi dalam satu kenyataan memberitahu dia enggan mengulas lanjut berita yang tersebar kerana dirinya tiada kaitan dengan bekas isteri selepas mereka berpisah.

“Perkahwinan dia dengan Najib tiada kena mengena dengan saya. Lagipun, selepas kami bercerai pada 2013, dia bebas untuk berkahwin dengan siapa pun yang menjadi pilihan dia.

“Saya tiada kaitan dalam hal ini. Saya tiada apa nak komen,” katanya seperti yang dipetik dari Getaran.

Untuk rekod Fauzi dan Hashimah berc3rai dengan talak satu pada Mei 2013 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: mStar

Be the first to comment on "Netizen buat kerja selidik dakw4an Najib k4hwin dua, anak Fauzi Marzuki jadi sasaran… ‘Sporting’ siap komen kek atas meja sedap!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*