Puas hati Nurul kena g4nyang dengan Mak Leha, tapi ramai tak suka ‘happy ending’… Netizen harap tiada 7HM4

DRAMA fenomena 7 Hari Mencintaiku 3 nampaknya sudah pun melabuhkan tirai pada malam Jumaat.

Rata-rata penonton meluahkan rasa ge3am pada minggu akhir ini sehinggakan nama watak utama Khuzairi lakonan Shukri Yahaya dan Mia (Siti Saleha) menjadi trending di Twitter.

Keb3ncian tercetus gara-gara Khuzairi mengambil keputusan untuk menjadi ‘pak sanggup’ dan mahu bernikah dengan Nurul (Wafariena) yang dikatakan h4mil anak Pak Samad (Kazar).

Pada episod akhir babak Nurul dig4nyang Mak Leha lakonan Liza Abdullah selepas mendapat tahu wanita itu berdendam dengan keluarganya dan telah memf1tnah Pak Samad merog0lnya menarik perhatian penonton.

Menerusi babak itu, kelihatan Mak Leha menyerang Nurul selepas wanita itu meluahkan dialog ‘ kenapa orang macam engkau ni tak mati saja’ kepada Pak Samad.

Netizen meluahkan rasa puas hati melihat aksi tersebut dan menganggap Mak Leha telah mewakili perasaan penonton yang terlalu bencikan Nurul.

“Puas hati tengok Mak Leha ganyang Nurul, Mak Leha wakil rakyat Malaysia!”

“Puas hati aku weh… kaki tangan aku gear-gerak je nak join tolong Mak Leha.

“Terima kasih Mak Leha smackdown Nurul, suka sangat. Part yang ditunggu-tunggu, ganyang sampai lumat. Puas hati episod akhir ni.

Puas hati aku weh… kaki tangan aku gear-gerak je nak join tolong Mak Leha

NETIZEN

“Happy saya hari ni tengok Nurul kena ganyan, lama dah bersabar dengan perempuan busuk hati ni.

“Jabatan netizen sangat berpuas hati, Syabas Mak Leha,” ujar beberapa netizen.

KHUZAIRI

Penonton tak suka Khuzairi dan Mia kembali berbaik.

Biarpun drama tersebut berakhir dengan ‘happy ending’, namun segelintir penonton mengharapkan penghujung yang berbeza dan menyedihkan.

Rata-ratanya tidak mahu Mia memaafkan dan menerima semula suaminya Khuzairi selepas apa yang terjadi.

“Kita semua nak sad ending, Mia mati dan Khuzairi menyesal seumur hidup.

“Tolong jangan minta musim keempat, asyik klise happy ending, jangan cari lelaki macam Khuzairi.

“Still tak suka happy ending, tapi okey jugalah ada juga bad ending sikit,” tulis netizen.

Drama in mengisahkan tentang rumah tangga Khuzairi dan Mia Adriana diuji lagi selepas Khuzairi lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Sejak itu, Khuzairi menjadi panas baran kerana dia mula rasa diri tidak lagi sempurna sebagai suami kepada Mia dan juga ayah kepada anak-anak mereka.

Drama 7 Hari Mencintaiku 3 karya Siti Rosmizah ditayangkan di slot Akasia arahan Jamal Khan in juga turut dibintangi oleh Shukri Yahaya, Siti Saleha,, Wafariena Roslan, Reen Rahim, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber:

Be the first to comment on "Puas hati Nurul kena g4nyang dengan Mak Leha, tapi ramai tak suka ‘happy ending’… Netizen harap tiada 7HM4"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*