Mira Filzah selamat bersalin bayi lelaki, kongsi tarikh lahir sama 9 Syawal

PELAKON dan pengacara popular Mira Filzah selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, pukul 3.40 pagi Selasa bersamaan 9 Syawal.

Berita gembira itu dikongsi suaminya, Wan Emir yang turut memberitahu tarikh kelahiran anak mereka sama dengan tarikh lahir Mira mengikut kalender Islam.

“Setinggi-tinggi kesyukuran isteri syurgaku telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu 9 Syawal bersamaan 10 Mei 2022 pada pukul 3.40 pagi,” ujarnya dalam satu hantaran di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar juga memaklumkan isteri dan bayi mereka kini dalam keadaan baik dan mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai.

mira filzah 2

Mira dan Emir sambut kelahiran anak pertama pada 9 Syawal.

“Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat.

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga,” jelasnya.

Untuk rekod Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29 mendirikan rumah tangga dengan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu pada September 2020.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: mStar

Be the first to comment on "Mira Filzah selamat bersalin bayi lelaki, kongsi tarikh lahir sama 9 Syawal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*