“KA pun pakai Bezza tau” – Ramai Kongsi Story Selalu Kena ‘Judge’ Sebab Pakai Kereta Murah

Kalau korang sejenis yang rajin tengok sosial media terutamanya Twitter untuk tahu isv semasa sekarang, mesti dah aware dengan tweet dari Khairul Aming yang puas hati dengan kereta Bezza miliknya kan?

Siapa sangka perkongsian dari owner Sambal Nyet itu telah mendapat perhatian dari pengguna Twitter yang lain sampaikan isu kereta sering disebut-sebut sehingga ke hari ni!

Bukan tu je, rata-rata warganet di bahagian qoutes siap ada yang kata nak beli juga kereta Bezza dari Perodua semata-mata lepas baca feedback yang diberikan oleh Khairul Aming.

“Orang kita ni judgmental…”

Lepas tweet dari Khairul Aming itu tular, ternyata ramai yang turut kongsikan cerita masing-masing yang mana mereka selalu kena ‘judge’ dengan masyarakat gara-gara penggunaan jenis kereta murah.

Satu tweet yang dibuat menerusi akaun @aidil_ezzhar, meluahkan rasa sedihnya tentang sikap orang yang cepat menghvkum seseorang dan juga mempunyai stereotaip tersendiri tentang kereta.Orang orang kita ni judgemental dan ada stereotype tersendiri. Kereta burvk dan tidak ikut trend terkini dianggap misk1n salah satunya.

Aku ni jenis tak pernah kisah pun orang nak pakai apa apa, masing masing punya citarasa. Duit orang, bukan duit aku.

Perkongsian itu telah mendapat perhatian orang ramai yang mana mereka mengatakan bahawa pelaburan wang dengan jumlah yang banyak untuk kereta bukanlah penanda aras untuk tentukan tahap kekayaan seseorang.

Tak kurang juga yang kata orang zaman sekarang dah mula kena berfikir pembahagian duit untuk benda-benda lain sebab investment bagi kereta juga akan memberikan sedikit kesan kepada jumlah belanja mereka.

Bagi min tak salah nak beli kereta apa pun, asalkan ikut kemampuan okay? Kita kena banyak berjimat tau sekarang ni…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: LobakMerah

Be the first to comment on "“KA pun pakai Bezza tau” – Ramai Kongsi Story Selalu Kena ‘Judge’ Sebab Pakai Kereta Murah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*