Tular video Shuk Sahar masih keluar dengan kekasih hati, sekali ni pulak tindakan Rossa Sera buat ramai yang sebak

 

Pelawak sensasi Shuk Sahar sekali menjadi bualan warganet apabila dilihat masih keluar dengan wanita yang dipercayai kekasihnya. Situasa tersebut telah dikongsikan menerusi satu video yang dikongsi di TikTok oleh seorang pengguna yang menggunakan nama @alektoropop!ah. “Best ye Shuk shopping raya dengan kekasih hati,” tulisnya di bahagian ruangan caption. Sementara itu, isteri kepada Shuk iaitu Rossa Sera menerusi satu video di Instagram telah dilihat pulang ke Sabah. Menerusia video berkenaan, hanya kelihatan Rossa bersama dua orang anak mereka sahaja yang pulang tanpa ditemani Shuk. “Aimi Ain masih ada mama, mama akan berusaha mencari nafkah buat kamu berdua selagi mama masih bernyawa,” tulisnya.

Hanya Fikirkan Diri Sendiri Dan Anak Anak, Isteri Shuk Sahar Tampil Jelaskan Kehadiran Ke Mhkamah Syariah

Isteri Shuk Sahar, Rossa Sera tampil akui hanya nakkan menjalani masalah rumah tangganya dengan sebaik mungkin. “Sesiapa yang diduga ujian macam ini, sudah tentu (terkesan mental dan fizikal). Kalau boleh biarlah saya dan Allah saja yang tahu bagaimanalah saya hadap. Saya cuba ambil yang positif dan cuba selesaikan mana yang terbaik. Yang paling penting, saya fikir untuk diri sendiri dan anak-anak,” katanya.

Walau macam manapun, Sera masih enggan dedahkan butiran rakaman kehadirannya ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta, kelmarin. Dalam rakaman tersebut, jelas kelihatan seorang lelaki yang diatakan sebagai Shuk duduk di tempat pemandu kereta yang dinaiki oleh Rossa Sera. Tak pasal-pasal, kini ianya memberi teka-teki buat warganet berkenaan status terkini hubungan mereka. Malah, Sera kini cuma mengharapkan urusannya bakal dipermudahkan dan tidak ingin berkongsi siapa individu di dalam rakaman terbabit. “Mengenai saya ke mahkamah dan pergi dengan siapa, urusan itu biarlah saya saja yang tahu. Doakan semuanya baik-baik saja,” katanya.

Masalah rumah tangga Shuk dan Sera terus memberi tanda tanya ramai sebaik sahaja tular Sera ingin memfailkan perpisahan terhadap suaminya itu, Shuk Sahar pada November tahun lalu. Untuk pengetahuan umum, Sera dan Shuk telahpun berkahwin pada tahun 2015 dan mereka dikurniakan 2 cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2. Sumber: Gempak

Pegang Fail Setelah Keluar Dari Pejabat Agama, Individu Pemandu Serra Menjadi Tanda Tanya Orang Ramai. Semenjak ni, perubahan gaya isteri Shuk Sahar menarik perhatian warganet apabila terlihat lebih langsing dan bijak menggayakan pakaian. Serra tampil keluar daripada pejabat agama. Tular, Rossa tampil dedahkan rakaman yang menunjukkan dirinya tampil keluar daripada sebuah bangunan yang menunjukkan sebuah pejabat agama. Mengikut rakaman pendek berlatar belakangkan sebuah lagu ‘Bertahan Terluka’ oleh Fabio Asher. Jelas terlihat Serra yang memakai jubah berwarna hitam turun anak tangga yang menuju ke sebuah kenderaan yang terlihat tangannya jelas memegang sekeping fail. Tapi ada sesuatu yang menarik tumpuan ramai terlihat bayang identiti seseorang yang tampil menjemput Serra di Pejabat Agama tersebut. Ada yang mengatakan individu tersebut terlihat seperti Shuk Sahar. Malah sehingga sekarang belum jelas apa yang diperkatakan.

Namun di ruang komen, masih ramai yang tertanya-tanya mengenai status terkini Serra bersama Shuk Sahar. Malah masih ada yang mengharapkan Serra diberi kekuatan untuk menempuh dugaan hidup untuk membesarkan anak-anak dan mencari kebahagiaan hidupnya. Ada juga yang menghormati apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Serra. Shuk Sahar bekahwin dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan turut mempunyai 2 anak perempuan. Sebelum ni, Rossa dedah sudah tidak lagi tinggal bersama dan dalam proses untuk perpisahan. Komen warganet.

Tular pasal kereta Shuk Sahar masuk dalam parit. Sekali ini pula respon isteri bila nampak wanita pakai bertudung hitam tu. Sejak pagi tadi, video pelawak terkenal, Shuk Sahar bersama keretanya yang ‘terjun’ ke dalam parit tular di media sosial. Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok @afiqazman369 itu, kereta yang dinaiki Shuk terbabas masuk ke dalam parit namun pelawak berkenaan masih lagi mampu berseloroh dan terlihat selamat. “Doa siapa yang dimakbulkan tu” Susulan daripada itu, komen-komen yang diterima juga agak sinis dengan bertanya doa siapakah yang sudah dimakbul sehingga kemalangan tersebut terjadi.

Sera pun beri respon. Selain daripada warganet, isteri Shuk juga turut memberi respon dengan memuat naik semula video tersebut berserta komen-komen daripada warganet yang ditingalkan di TikTok @afiqazman396 itu. Dia juga turut menyertakan beberapa hashtag #hidup3lapis #kanaknumburr #penangankurusi3lapis dengan emogi ketawa melihat situasi yang sedang berlaku. Siapa yang tudung hitam tu. Tak hanya itu, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah juga sempat bertanya di ruangan Insta Story siapa wanita yang dilihat memakai tudung hitam di belakang pelawak tersebut dan mengesyaki bahawa ia adalah wanita ‘misteri’ yang tular bersama dengan suaminya tempoh hari. Untuk makluman, video kereta yang dinaiki Shuk terbabas masuk ke dalam parit itu tular di media sosial pagi tadi selepas dimuat naik oleh seorang pengguna.Dalam video tersebut, Shuk sempat lagi bergurau ketika ditanya berkenaan kejadian yang berlaku. Difahamkan, kejadian berkenaan terjadi di Bukit Mertajam merujuk kepada komen yang dibuat orang awam. Sumber: TikTok @afiqazman369, Instagram rossa.sera

Makin Lama Nampak Semakin Kurus Dan Menawan. Ramai Yang Tampil Puji Penampilan Terbaru Isteri Shuk Sahar. Di Instagram, rata-rata warganet kagum melihat imej terbaru isteri kepada Shuk Sahar iaitu Rossa Sera. Menurut warganet, Rossa kelihatan semakin kurus dan menawan sejak belakangan ini. Love yourself. Memuat naik sebuah video di Instagram, Rossa yang mengenakan busana berwarna hijau kelihatan sungguh menawan dan ceria. Menerusi kapsyen yang ditulis, Rossa memberitahu ‘jangan lupa untuk menyayangi diri sendiri. Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberi pujian buat Rossa. Menurut warganet, Rossa kelihatan semakin kurus dan cantik. Malah, ada yang mendkwa Rossa mahu membuka lembaran baru setelah berkali-kali isu pergolakan rumah tangganya viral di media sosial. Suka tengok Sera sekarang ni.

Sumber: Rossa Sera

Shuk Sahar Akhirnya Mengaku Dan Tampil Beritahu Cerita Sebenar Lepas Isteri Dikatakan Sudah Tawar Hati. Itu antara luahan kekecewaan dan sakit hati isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah yang masih dibelenggu masalah dengan suaminya.Menerusi beberapa muat naik status InstaStory, Rossalennah mendedahkan, dirinya seperti sudah tawar hati dengan suaminya itu yang masih tidak serik dan terus bermain kayu tiga dengan wanita lain. “Tiada siapa pun mahu pilih perpisahan. Seboleh-bolehnya si isteri ini bersabar walaupun perit, sakit, t.rauma tetap juga dia tempuhi. “Sayang sangat sebab peluang tak pernah dihargai. Mempersendakan perasaan dan hati yang sanggup memaafkanmu,” luahnya. Ujar Rossalennah lagi, dia sudah tidak mahu lagi memaafkan suaminya itu atas masalah yang sepertinya tidak pernah menemui jalan noktah. Saya terkilan sebab saya masih mahu baiki dan bertahan lagi. Tetapi, Allah merancang sesuatu yang lain. Allah tidak izinkan kali ini untuk saya maafkannya. Sedih sangat tetapi bersyukur sebab Dia tunjukkan kebenaran. Ingat, jangan sebab anda dicintai, disayangi dan dimaafkan, sesuka hati memperlakukan hidup orang. Saya pun ada hati dan perasaan,” katanya.

Memberi bayangan perkahwinannya dengan Shuk atau nama lengkapnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, sekali lagi seperti retak menanti belah, Rossalennah tidak mahu lagi menerima sumpah suaminya yang berjanji banyak kali untuk berubah sebelum ini. “K.ejamnya manusia yang sanggup bersumpah berjanji padahal sedang bersama yang lain. Tiada yang lebih z.alim daripada ini. Selama ini, saya percaya Allah bagi kekuatan untuk memaafkan sebab ini cara-Nya menjadikan saya kuat dan sabar mendepani masa depan,” tuturnya. Shuk Beritahu Apa Yang Jadi. Tidak mahu memberi komen lanjut tentang kepincangan yang berlaku, Shuk mengakui memang ada m.asalah sedikit antara dia dan isteri dan mereka sedang mencari penyelesaian. “Ada sikit salah faham dengan Sera tapi tiada apa yang serius pun,” katanya ringkas. Sekarang ini, Shuk berada di Seberang Perai , Pulau Pinang bagi mengembangkan perniagaan minumannya di sana.

Terdahulu, wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan Shuk, iaitu Fara Salleh mendedahkan lelaki itu masih tidak berhenti mengganggunya sehingga dia berasa rimas. Tidak menyebut nama individu berkenaan, Fara bagaimanapun mengatakan lelaki tersebut menyertai t.abligh seolah-olah merujuk kepada Shuk yang juga baru-baru ini turut mengikuti jemaah berkenaan. Menerusi muat naik dalam InstaStory sekitar pertengahan September lalu, Fara turut memuat naik gambar memaparkan bahagian belakang badan individu tersebut. Dia bagaimanapun bertindak memadam perkongsian itu selepas beberapa minit memuat naik gambar terbabit. Terdahulu, Shuk beberapa kali ditangkap kerana masalah menjalinkan hubungan dengan wanita lain, namun atas dasar sayang dan masa depan anak-anak, isterinya itu memaafkan segala khilaf yang pernah dilakukannya. Kredit : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

sumber: https://erakini.bbn.my/

Be the first to comment on "Tular video Shuk Sahar masih keluar dengan kekasih hati, sekali ni pulak tindakan Rossa Sera buat ramai yang sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*