3 Beradik Y4tim Piatu Bertahan Hidup Dengan Jual Penyapu Lidi

Tidak ada ayah dan ibu, 3 orang adik-beradik yatim piatu ini berjuang sendiri demi bertahan hidup. Mereka membuat penyapu lidi dengan harga 1000 rupiah (30 sen) seikat sahaja agar dapat mencari sesuap makanan. Sementara itu, mereka cuma mampu membuat 20 ikat penyapu lidi sahaja.

Ini bererti dalam seminggu mereka cuma dapat mengumpulkan wang sebanyak 20,000 rupiah (RM5.80) sahaja. Jika kehabisan wang mereka akan menahan lapar bahkan mereka bertiga sudah biasa makan sekali sahaja dalam sehari dan berkongsi sepinggan bertiga.

Ayah mereka telah men1nggal dunia sejak 2 tahun lalu dan ibu mereka pula telah men1nggal dunia lebih dahulu daripada ayah mereka. Mereka 3 beradik ketika ini tinggal di sebuah rumah peninggalan orang tua mereka yang mula reput dan tidak layak ditinggal.

Anak sulung daripada 3 beradik ini bernama Fatmawati, anak kedua bernama Aeni dan adik bongsu mereka bernama Aizil. Beliau pergi sekolah setiap hari persekolahan dengan menggendong adiknya pergi ke sekolah kerana tiada orang yang dapat menjaga Aizil disebabkan Aeni juga pergi ke sekolah.

Rumah mereka berada di dalam hutan dengan jalan yang terjal, terkadang mereka terjatuh saat hendak mengambil daun bagi dijadikan penyapu lidi.

Alhamdulillah, kesulitan hidup 3 beradik ini telah tular di media sosial dan akhirnya ada para sukarelawan bertindak pantas dengan mengumpul derma untuk mereka. Dana tersebut sedang dikumpul di sebuah laman web online iaitu donasionline.id .

Sesiapa pun yang melihat nasib mereka bertiga pasti tidak akan sanggup membiarkan mereka bertiga hidup dalam keadaan sulit begini. Semoga mereka selamat daripada segala jenis kejahatan dan segera dipindahkan ke rumah kebajikan serta diurus dengan sebaiknya.

Sumber : [Viralpedia] [mriau24] [Donasionline] via updateinside

Perhatian! Pihak news.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page news.kini Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "3 Beradik Y4tim Piatu Bertahan Hidup Dengan Jual Penyapu Lidi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*