“Doakan keselamatan kami, halalkan semua.. Syifa Melvin Tunai Umrah Bersama Keluarga Safawi Rasid

Usahawan dan adik kepada Syatilla Melvin, Syifa Melvin mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga kekasihnya, pemain bola Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid.

Lawatan ibadah tersebut turut disertai kakaknya, Syafiqa Melvin.

Menerusi laman s0sial Inst4gram, Syifa atau nama sebenarnya Siti Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 28, memuat naik sekeping foto ketika berada di dalam penerbangan untuk tatapan umum.

Malah, anak kelahiran Parit Buntar, Perak itu turut berkongsi foto-foto pemergian mereka bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sehingga tiba di Lapangan Terbang Madinah.

“Doakan perjalanan kami diberkati dan dipermudahkan. Doakan keselamatan kami, halalkan semua,” tulis Syifa di ruangan kapsyen.

Sementara itu di ruangan komen, pemergian Syifa ke tanah suci mendapat perhatian ramai apabila rata-rata rakan selebriti dan wargamaya menitipkan doa agar perjalanannya dipermudahkan.

Malah, Safawi turut meningg4lkan komen yang meminta agar Syifa sentiasa menjaga diri sepanjang menunaikan ibadah serta meletakkan emoji hati berwarna merah.

Komen netizen:



Sumber: Gempak via Malaysia Post

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page NewsKini Ya.

PERHATIAN: Pihak NewsKini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "“Doakan keselamatan kami, halalkan semua.. Syifa Melvin Tunai Umrah Bersama Keluarga Safawi Rasid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*