Penyanyi lagu Apo Kono Eh Jang, Mastura Ismail meningg4l duni4

KUALA LUMPUR: Negara kehilangan seorang lagi permata seni tanah air, Mastura Ismail yang menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

Berita duka itu dikongsikan Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

“Dukacita dimaklumkan bahawa seorang lagi permata seni hiburan tanah air Mastura Ismail yang terkenal dengan lagu “Apo Kono Eh Jang” telah kembali kerahmatullah pada jam 8.50 malam tadi dikediaman beliau di Cheras.

“Allahyarham dilahirkan pada 16 April 1957 di Tanjung Kerayong Mentakab Pahang. Beliau meninggal dunia pada usia 65 tahun,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Hafiz menyiarkan jenazah Allahyarham kini ditempatkan di kediamannya di Cheras, dekat sini.

“Jenazah Allahyarham kini berada di rumahnya di Taman Cheras Idaman dan akan dimandikan serta dikafankan di Masjid Taman Rakan Cheras.

“Pengebumian akan dilakukan di tanah Perkuburan Sungai Long sebelum Zohor, esok (10 Feb 2022).

“Seluruh Kepimpinan Tertinggi dan Barisan Exco Seniman Malaysia mengucapkan Takziah buat ahli keluarga. Semoga tabah hadapi ujian Ini, Al Fatihah” katanya lagi.

sumber:wowberita

Perhatian! Pihak news.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page news.kini Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "Penyanyi lagu Apo Kono Eh Jang, Mastura Ismail meningg4l duni4"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*