“Ma Satu-Satunya Syurga Saya Sampai Bila-Bila” – Mengaku ‘Anak Emak’, Fizo Omar Buat Kejutan Untuk Ibu Tercinta!

Pelakon Fizo Omar menyifatkan keberkatan rezeki dan kebahagiaan yang dikecapinya selama ini adalah berkat daripada doa dan restu ibunya, Hasnah Jidin.

Mengakui dirinya ‘anak emak’ sepertimana dakwaan segelintir pihak, kata Fizo dia melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan arw4h bapanya untuk menjaga dan menyantuni ibu serta keluarganya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

There is this girl who stole my heart, and she called me “Daddy” . . Hang in there maryam, you deserve for a father’s love. #throwback

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

“Definisi yang saya faham tentang istilah ‘anak emak’ ialah anak yang menunaikan tanggungjawab terhadap ibunya.

“Setelah apa yang saya lalui dalam hidup, saya akui saya memang anak emak dan bukan sejak berkahwin dengan Mawar tetapi sejak menjadi artis lagi.

“Saya datang ke Kuala Lumpur pun tinggal berdua dengan ibu saya.

“Jadi, hubungan saya dengan ibu takkan berakhir sampai bila-bila. Dia satu-satunya syurga saya dan saya bersyukur masih berpeluang untuk memeluk dan mencium ibu saya setiap hari. Itulah punca rezeki saya, tak salah pun.

“Malah kalau ada isteri sekalipun, dia perlu faham tanggungjawab saya sebagai anak lelaki yang perlu mengutamakan ibu saya,” kata Fizo ketika ditemui di kediamannya di Bangi, Selangor hari ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

IANYA SATU PERMULAAN BUKANNYA PENGAKHIRAN. . Terima kasih sya nk ucapkan kpd smua yg mendoakan yg baik2 utk sya dan Mawar.Segala penulisan yg positive dr kawan media dan komen2 yg positive dr netizen semoga Allah memberkati niat baik korang semua utk kami. . Apa yg berlaku diantara sya dan Mawar ini adalah dgn izinNYA.setelah pelbagai usaha dilakukan, dan kami bersepakat untuk berpisah dgn cara baik.sesiapa yg berumah tangga mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.Tapi perancangan Allah utk kita adalah yg terbaik.saya terima dgn takdir ini dan sya percaya Allah tidak pernah zalim kpd hambaNYA dan setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.dan kita sbgai manusia haruslah memandang ke arah hikmah yg positive dan jgn sesekali bersangka buruk kpd takdirnya. . Hari ini, 10 Julai 2019, dgn izin Allah,Status kami sbgai suami isteri telah pun berakhir dan bertukar kpd CO- PARENT kpd zuriat kami, Wan Maryam Bt Wan Hafizol iaitu amanah Allah kpd kami utk menjaga dan mendidiknya.Insyallah hubungan baik sya dan mawar akan berterusan dan sya pasti hikmah disebaliknya kami terus menjaga silaturahim diantara kami dan kelurga akan bertambah erat. . Pada sya peristiwa ini bukanlah satu pengakhiran, malah ianya adalah satu PERMULAAN fasa baru dlm hidup kami, sebagai CO-PARENT dan sahabat baik.tiada perbalahan diantara kami dan punca dan sebab yg berlaku ini adalah kerana kelemahan dan kekurangan kami sendiri.semoga dgn takdir ini kami akan memperbaiki kekurangan masing2 untuk menjadi insan yg lebih baik kelak. . Sya akan sentiasa doakan yg terbaik utk mawar dan keluarga, juga berterima kasih diatas doa dan sokongan daripda anda semua yg berterusan utk kebaikan kami.

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Dalam pertemuan singkat itu juga, Fizo berkesempatan untuk membuat kejutan buat ibunya sempena hari jadi Fizo sendiri pada hari ini.

“Setiap tahun saya akan memberikan hadiah kepada ibu saya dan tahun ini dia menyatakan keinginan untuk membeli kerusi urut baharu.

“Apa yang menyedihkan apabila dia sendiri mengumpul duit untuk membeli kerusi urut baru.

“Kemudian saya berpakat dengan pasukan saya untuk membuat ‘prank’ kononnya dia terbeli kerusi urut baru dan perlu membayar RM20,000.

“Tak sangka pula ‘prank’ ini sampai membuatkan dia menangis. Hadiah ini sebagai tanda terima kasih pada ibu saya,” tambah Fizo.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Daddy’s on duty!

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Fizo meraikan ulang tahun kelahiran ke-34 pada hari ini (19 Julai 2019) disamping kehadiran anak tersayang, Wan Maryam, 2.

“Mawar ada mengirimkan ucapan hari jadi buat saya dan hubungan kami masih baik. Tidak ada kekurangan cuma mungkin berbeza sedikit, kembali ke kehidupan dahulu seperti sebelum saya mendirikan rumah tangga,” ujar Fizo lagi.

[VIDEO] Fizo buat kejutan kepada ibu

[VIDEO] Pelakon Fizo Omar meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-34 dengan menghadiahkan sebuah kerusi urut jenama Ogawa sebagai kejutan kepada ibunya, Hasnah Jidin pada satu majlis di kediamannya sebentar tadi.Berita penuh di https://bit.ly/2XSi9GW#kosmo #videokosmo #fizohadiahkanibukerusiurut

Posted by Kosmo Online on Friday, July 19, 2019

Sumber : Gempak

 

 

Be the first to comment on "“Ma Satu-Satunya Syurga Saya Sampai Bila-Bila” – Mengaku ‘Anak Emak’, Fizo Omar Buat Kejutan Untuk Ibu Tercinta!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*