Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim berkongsi foto bersama dua penyanyi popular, Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Dalam foto terbabit, Rizalman menyunting wajah Hael menjadi tua dan mengekalkan wajah asalnya bersama Dayang.
“Daripada aku r4cunkan, nasib aku ada hati perut lagi,” selorohnya di ruangan kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan gurauan pereka fesyen berprofil tinggi tersebut.
Tidak berdiam diri, Hael turut meninggalkan komen berbentuk gurauan seakan akur dengan perkara itu.
“Ok fine hahaha,” tulisnya.
Seperti diketahui umum, Rizalman selalu berjenaka mengatakan Hael ‘mengganggu’ persahabatannya bersama Dayang, namun pada realitinya, persahabatan mereka bertiga baik-baik sahaja.
Sumber : Gempak
Be the first to comment on "Selepas Kecewa Hael ‘Rampas’ Dayang, Akhirnya Rizalman Balas Balik!"