“Datang Nak Melawa Je…”- Ger4m Tengok ‘Bridesmaid’ Tak T0long Pengantin, Wanita Ini Luah Perasaan

Saat pengantin berarak menuju ke mahligai cinta, pastinya mempelai diiringi oleh pengapit yang ditugaskan untuk menj4ga dan memast1kan pengantin sentiasa tampak terjag4 dan sempurna. Menjadi kebiasaan pengantin zaman sekarang, apabila tiba majlis kahwin pasti mahu mengajak ramai kawan menjadi bridesmaid mereka.

Demi gambar lawa dalam sesi outdoor pula, ada mempelai yang sanggup membelikan baju untuk dipakai oleh barisan individu ‘terpilih’. Pun begitu, ada pula yang datang cuma hanya hendak menunjuk muka. Benar atau tidak?

Sebuah video dimuat naik oleh gadis bernama Nurain Fatin di TikTok telah mendapat perhatian warganet apabila dia membincangkan isu mengenai sesetengah bridesmaid yang tidak menjalankan peranan sepatutnya. 

Datang Cuma Melawa Selfie Dengan Pengantin, Nasihat Buat Bridesmaid Zaman Kini

Gambar Sekadar Hiasan

Dalam rakaman berdurasi 2 minit 3 saat berkenaan, Fatin mengingatkan bridesmaid agar membantu raja sehari melayan tetamu dan bukan hanya gigih selfie bersama rakan-rakan.

Gadis ini turut mencadangkan agar bakal pengantin memilih bridesmaid dalam kalangan kenalan yang lebih dipercayai.

Untuk Video penuh sila tekan di sini:

VIDEO

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen khususnya wanita bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Fatin. Mereka juga mengaku lebih selesa untuk melakukan semua perkara sendiri semasa hari perkahwinan.

 

 

Dilantik menjadi bridesmaid adalah satu penghormatan buat mana-mana wanita, kerana ini menunjukkan wanita itu amat dipercayai oleh pengantin tersebut.Oleh itu amanah yang diberikan tidak seharusnya diambil mudah malah harus dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Setiap bridesmaid haruslah sentiasa ringan tulang dalam membantu apa sahaja yang diinginkan pengantin.

 

Sumber : TikTok nuraa_ismail

Be the first to comment on "“Datang Nak Melawa Je…”- Ger4m Tengok ‘Bridesmaid’ Tak T0long Pengantin, Wanita Ini Luah Perasaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*