Ambil Sarapan ‘h0memade’ Ganti Suplemen. Rahs1a Lelaki Ini Hilang 10 Kg Dalam Masa 2 Bulan.

Selain melakukan senaman, menjaga pemakanan adalah satu cara seseorang itu untuk membantu menurunkan berat badan.

Ada aturan pengambilan pemakanan yang betul dapat membantu mengurangkan berat bada tanpa sebarang penggunaan produk suplemen.

Seperti perkongsian lelaki ini Harith Faisal yang turun 10 kg dalam masa 2 bulan (perkongsian tahun 2017) dengan mengamalkan diet melalui pemakakan.

Menurutnya dia mengamalkan pengambilan sarapan yang dibuat secara homemade. Cara membuatnya tidak susah dan paling penting sedap seperti minuman lain.

SARAPAN OAT INI BANTU SAYA TURUN 10KG DALAM MASA 2 BULAN TANPA SUPPLEMEN

Straight to the point. Dua minggu lepas perkongsian saya viral dengan lebih 25,000 shares pasal saya guna teh hijau untuk turunkan 10 kg berat dalam masa 2 bulan. Memang betul. Sebab bila saya amalkan teh hijau tu, perut rasa selesa, tak kembung, tak berangin.

Kali ni saya nak kongsi pula apa sarapan yang saya ambil sepanjang 2 bulan tu. Sepanjang tempoh diet, saya sarapan dengan oat smoothies home made je. Ala, bukan susah pun. Kejap lagi saya bagitau caranya.

Yang paling penting, bila sarapan dengan oat smoothies ni, perut boleh tahan sampai tengahari. Kalau setakat pukul 12 tengahari tu, biasanya memang tak rasa lapar sangat pun. Dalam pukul 10 pagi sampai 11 pagi, kau layanlah teh hijau segelas dua. Memang best!

Gambar sebelum dan selepas. Orang kata, nampak makin muda. Jangan jeles.

SARAPAN NASI LEMAK P4RU

Nak ceritanya, dulu-dulu saya ni peminat teg4r nasi lemak tambah paru sambal. Memang sedap ya amat. Dalam seminggu, empat lima hari memang itulah sarapan saya. Sekarang dah ins4f tavbat nasuha. Okay habis cerita nasi lemak.

Saya punya resepi oat smoothies ni sebenarnya try and error je. Masa mula-mula diet, saya buat overnight oat. Sebelum masuk tidur, siap-siap campurkan oat dengan susu sebab nak bagi kembang elok. Esok pagi, makan. Tapi muak gila, macam nak termuntah.

Lepas tu, saya dapat idea dan ilham untuk buat oat smoothies ni. Sampai sekarang saya sarapan benda ni je pagi-pagi. Okay, dah ready nak belajar buat oat smoothies, kan.

BAHAN-BAHAN

300 ml susu segar rendah lemak

4-6 sudu besar oat

2 sudu Nestum

Guna tiga bahan ni saja. Masukkan tiga bahan ni dalam blender. Switch on blender, siap terus. Tunggu dalam 5 minit bagi dia kembang sikit. Kemudian, boleh minum dengan nikmatnya. Gila mudah dan pantas.

Kalau kau takda blender, kau campur dan rendam je 3 bahan tu selama 15 minit. Boleh juga. Tak payah nak pening-pening kepala, okay.

Ini bahan-bahan dia. Tapi bahan yang utama, 3 benda tu je. Susu segar, oat, nestum.

PAKAI SUSU SEGAR JENAMA APA

Sebelum mula diet, sejak kecik saya memang jenis tak suka minum susu segar rendah lemak ni. Biasanya kalau beli Dutch Lady tu, mesti beli perisa Coklat atau Strawberry.

Tapi dah nama pun nak diet, kan. Takkan kau nak buat oat smoothies campur susu perisa Coklat dan Strawberry yang manis tu. Memang kencing manis dan bertambah gemuklah kau dan aku. Haha!

Saya pakai susu segar jenama Farm Fresh. Boleh cari yang tutup oren atau tutup biru. Yang tutup biru lebih rendah lemak. Harga sama, takda beza walaupun lemak tutup oren lagi banyak.

Try and error. Sebelum nak tekad tetap dengan brand Farm Fresh, saya dah cuba buat oat smoothies dengan susu segar jenama HL, Dutch Lady, Summerfield, GoodDay, semuanya tak kena dengan tek4k.

Bagi saya brand Farm Fresh yang paling sedap, tak muak. Yang paling pent1ng, terang-terang dia kata “No sugar. No preservative”. Saya akan beli yang 2 liter punya, boleh tahan 6 hingga 7 hari. Tapi sebab anak saya pun suka, 3 hari habislah.

Ini rupa pisang Cavendish yang saya biasa guna.

BOSAN SARAPAN YANG SAMA

Biasalah manusia ni cepat bosan, kan. Saya pun b0san juga asyik sarapan benda yang sama je berminggu-minggu. Jadi, saya fikir saya kena tambah sesuatu dalam oat smoothies saya tu.

Jenuhlah fikir akhirnya dapat idea untuk tambah pisang. Tak susah pun. Tiga bahan yang sama macam tadi, kau tambah saja dengan separuh pisang. Kau akan dapat rasa pisang dia sikit-sikit. Kalau nak letak sebiji terus pun boleh. Lagi sedap dan pekat wei.

Pisang apa yang saya pakai? Saya pakai pisang jenis Cavendish. Ala, pisang yang cantik-cantik kat supermarket tu. Saya tak pernah cuba pisang lain untuk buat banana oat smoothies ni. Kau nak cuba, dipersilakan.

Sekali sekala saya akan buat juga Nescafe oat smoothies. Saya pakai Nescafe Gold. 3 bahan yang sama, cuma kau tambahlah separuh sudu Nescafe Gold tu. Rasa dia memang terangkat beb. Lagi sedap daripada kopi Starbucks!

JADUAL MAKAN SEHARI

9.00 am: Oat smoothies + air kosong

11.00 am: Teh hijau + air kosong

1.00 pm: Buah + teh hijau

3.00 pm: Air kosong

6.00 pm: Ayam dan sayur grill + air kosong

9.00 pm: Teh hijau

Untuk makan malam, saya memang ambil sebelum pukul 7 malam. Nasi suku pinggan masa makan malam. Tapi saya tak makan nasi hari-hari pun. Ikut mood.

 

#harithfaisal

Be the first to comment on "Ambil Sarapan ‘h0memade’ Ganti Suplemen. Rahs1a Lelaki Ini Hilang 10 Kg Dalam Masa 2 Bulan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*