Resepi Rendang Telur Sedap. Hidangan Ringkas Untuk Keluarga.

RESEPI RENDANG TELUR

Rendang telur bukan sahaja enak dimakan dengan nasi lemak mahupun nasi putih, tetapi sedap jugak dimakan dengan pulut kuning. Bolehlah selepas ini makan dengan lemang dan ketupat pula gerenti sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Telur anggaran 30 biji rebus ( digoreng )
  • 5 batang serai
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 11 ulas bawang merah.
  • Cili kering / cili ap1 ikut suka banyak mana
  • 2 sudu makan rempah kari daging ( rempah rendang jenama apa sahaja)
  • 1 sudu mkn serbuk jintan manis.
  • 2 sudu mkn kerisik.
  • 1/2 caw santan kotak
  • 2 helai daun kunyit.
  • Asam keping
  • gula dan garam secukup rasa.

CARA-CARA PENYEDIAAN RENDANG TELUR:

▶️ Mula-mula, kisar bawang, halia, lengkuas, serai, cili dan sehelai daun kunyit.

▶️ Tumis bahan yang dikisar hingga wangi. Baru masukkan rempah kari/ rempah rendang dan serbuk jintan manis.

▶️ Selepas itu, masukan santan, asam keping,  gula dan garam secukup rasa.

▶️ Tambahkan sedikit air dan masukan kerisik .

▶️ Kacau sehingga mendidih, dah mendidih kuat pelankan ap1 masukn telur.

▶️ Terpulang nak kuah banyak mana atau kuah kering.

▶️ Akhir sekali, Taburkan hirisan daun kunyit yang tinggal dan siap.

Mudah je Kan, macam masak rendang ayam atau daging je. Cuma ditukar kepada telur rebus goreng sahaja. Makan pula dengan nasi lemak atau pulut kuning pasti sedap sekali.
Ibu-ibu jangan lupa untuk letakkan daun kunyit dalam masakan rendang, daun kunyit akan menaikan lagi kesedapan rendang dengan bau dan rasanya. Resepi rendang telur yang gerenti sedap ini ibu-ibu perlu mencuba sendiri dirumah. Pasti anak-anak suka dengan rasanya. Selamat mencuba!

 
Sumber: Daily Masak

Be the first to comment on "Resepi Rendang Telur Sedap. Hidangan Ringkas Untuk Keluarga."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*