Resepi Dan Tip Masak Sup Ikan Ala Siam Yang Sedap Dan Sangat Menyelerakan.

Resipi Sup Ikan Ala Siam Yang Sedap

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan jenahak/merah saiz sederhana
  • 2 biji tomato dibelah 4 – 8
  • 1 sup bunjut Adabi
  • 1 pokok daun ketumbar, cuci bersih dengan akarnya sekali
  • 2 helai daun limau purut
  • 5-10 cili api
  • 1 biji limau nipis, perah jusnya
  • 1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Hirisan daun ketumbar, untuk hiasan
  • Hirisan limau nipis, untuk hiasan

Bahan tumis:

  • 3 batang serai, diketuk
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

Bahan-bahan tumbuk/mesin:

  • 7 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup

Cara-cara:

  1. Bahan-bahan tumbuk ditumbuk atau dimesin pun boleh. Ditumbuk lebih sedap, cik tie blend kering sahaja.
  2. Ikan dibersihkan, kemudian kerat kepada beberapa bahagian. Bersihkan ikan dengan sedikit perahan limau nipis untuk hilangkan hanyir. Kemudian, bilas ikan sehingga bersih. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan2 tumis hingga harum.
  3. Masukkan b4han2 tvmbuk dan kacav rata. Tvang air secukupnya kacav dan b1arkan mend1dih.
  4. Masukkan sup bunjut & akar daun ketumbar, biarkan seketika.
  5. Tambahkan lada hitam.
  6. Tambah kepala ikan & daun limau purut. Kacau rata dan biarkan mendidih hingga ikan masak.
  7. Tambah jus limau nipis, tomato & cili api, perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan sedikit gula. Kacau perlahan seketika. Matikan api. Taburkan hirisan daun ketumbar dan hirisan limau nipis sebelum dihidangkan. Selamat mencuba!!
 

Kredit: Khadijah Jaafar

 

Be the first to comment on "Resepi Dan Tip Masak Sup Ikan Ala Siam Yang Sedap Dan Sangat Menyelerakan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*