Resepi Popia Pisang Rangup. Topping Coklat & Oreo Untuk Minum Petang!

Resepi popia pisang yang mudah dan sedap

Walau bagaimanapun, makanan ini menjadi terkenal apabila seorang peniaga dari negeri Terengganu mula mengetengahkannya. Tidak sangka ia mendapat sambutan masyarakat kita sehingga ada yang sanggup melancong ke bahagian pantai timur untuk mencuba popis.

Memandangkan seluruh ahli keluarga dinasihatkan untuk duduk di rumah dan tidak keluar sekiranya tiada urusan penting, apa kata ibu-ibu cuba resepi viral ini supaya nanti tidaklah ketinggalan.

Anak-anak yang sedang membesar juga pasti akan menyukainya kerana rasa manis pisang, kerangupan dari kul1t popia dantopping yang pelbagai. Jadi tidaklah perlu untuk anda membeli kerana makanan ini boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Bahan-bahan 

resepi popia pisang sedap

  • Kul1t popia
  • Serbuk oreo
  • Pisang
  • Susu pekat (untuk topping cheese)
  • Bancuhan air tepung gandum bagi lekatkan kul1t popia
  • Saduran coklat atau nutella
  • Cornflakes
  • Nestum
  • Cheddar cheese

Cara penyediaan

#1. Belah sebiji pisang menjadi dua bahagian.

resipi popia pisang

 

#2. Kemudian ambil sekeping kul1t popia dan letakkan pisang di tengah-tengah.

resepi popis

#3. Balutkan pisang dengan kul1t popia.

#4. Letakkan sedikit bancuhan air tepung gandum bagi lekatkannya.

 

cara buat popia pisang

#5. Gulung mengikut jumlah yang anda inginkan.

resepi mudah popia pisang

#6. Panaskan minyak dan goreng sehingga ia bertukar keper4ng-per4ngan

resepi mudah popia pisang

 

#7. Letakkan saduran coklat atau nutella

#8. Kemudian taburkan topping mengikut citarasa masing-masing. Boleh guna oreo, nestum, keju, cornflakes dan lain-lain. Selamat mencuba!

bahan-bahan popia pisang

 

Sumber: Daily Makan, Indtimes

Be the first to comment on "Resepi Popia Pisang Rangup. Topping Coklat & Oreo Untuk Minum Petang!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*