Resepi Hokkaido Cupcake Gebu Dan Lembut. Boleh Buat Bermacam Bentuk Dan Filling.

RESEPI HOKKAIDO CUPCAKE GEBU DAN LEMBUT

Untuk adunan bagi resepi ni, boleh dapat dalam 12 biji cupcakes untuk cup saiz 4 segi, dan juga 18 cupcakes untuk cup saiz M.

Dan bagi fillingnya, anda boleh masukkan apa-apa jenis filling yang digemari sama ada dibuat sendiri atau yang dah sedia ada seperti Nutella. Kemudian boleh hiaskan dengan apa-apa topping seperti pot0ngan buah atau jelly ikut kreativiti sendiri.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan A:
  • Minyak jagung 60 gram
  • Susu segar full milk 80 gram
  • Tepung superfine 100 gram (untuk hasil kek yang lebih gebu, boleh gunakan tepung Hong Kong atau pun Top Flour)
  • Kuning telur 5 biji
  • Esen vanilla ½ sudu kecil
  • Secubit garam
Bahan B:
  • Putih telur 5 biji
  • Gula halus atau gula kastor 90 gram
  • Tartar powder ¼ sudu kecil

Cara buat Hokkaido cupcake gebu dan lembut:

▶️ Mula-mula buat adunan dari bahan A dahulu.

▶️ Caranya, campurkan minyak jagung, susu segar full milk dan secubit garam dalam periuk untuk panaskan secara double boiler.

▶️ Masakkan ia dalam ap1 yang perlahan, dan sentiasa kacau sehingga sekata. Kemudian angkat dan biarkan sehingga suam.

▶️ Masukkan telur kuning satu persatu ke dalam campuran susu ni. Dan masukkan juga esen vanilla.

▶️ Kemudian kacaukannya sehingga sebati.

▶️ Selepas tu masukkan tepung superfine yang dah diayak terlebih dahulu. Kacaukan adunan ni sampai betul-betul sebati (tepung tak berketul-ketul). Ketepikan.

▶️ Sekarang buat adunan dari bahan B pula.

▶️ Dalam mangkuk atau bekas lain, masukkan putih telur dan tartar powder. Putarkan ia dengan mixer sehingga berbuih.

▶️ Kemudian masukkan gula sikit demi sedikit, dan putarkan menggunakan speed yang laju sampai kental/kaku/meringue (kalau terbalikkan mangkuk, adunan putih telur ni tak jatuh).

▶️ Pastikan mangkuk atau bowl yang digunakan untuk adunan B ni kering, tidak berminyak dan tak ada sedikit pun kuning telur untuk dapatkan hasil meringue yang sempurna (soft peak).

▶️ Selepas dah siap adunan B ni, masukkan 1/3 darinya ke dalam campuran bahan A yang dibuat awal-awal tadi.

▶️ Kacaukan adunan secara kaup balik menggunakan spatula.

▶️ Kemudian masukkan lagi baki adunan sehingga habis dan kacau secara perlahan-lahan sehingga sebati. Jangan kacau terlampau kuat.

▶️ Sediakan cupcake. Dan masukkan adunan ni ke dalam cup 99% penuh. Lepas tu hentak-hentak manja cup supaya hilang gelembung udara.

▶️ Panaskan oven siap-siap. Dan bakar dengan suhu 150’c atau 160’c selama 20 minit, ataupun sampai betul-betul masak dengan ap1 atas bawah. Berg4ntung juga pada oven masing-masing.

▶️ Untuk suhu ni penting untuk dikawal secara berperingkat. Sebab nak elakkan Hokkaido kek ni mendap dengan cepat lepas keluar dari oven kalau terus menggunakan suhu yang tinggi.

▶️ Selepas dah masak, terus keluarkan dari oven dan hentakkan kek ni sekali untuk elakkan tarikan graviti yang buatkan mendap.

▶️ Part hentakkan kek ni penting untuk pastikan kek kekal gebu bukan je dalam oven, malah lepas keluar dari oven juga.

▶️ Dah siap. Biarkan Hokkaido sejuk dulu. Lepas tu boleh masukkan apa-apa filling yang digemari.

Nyummy. Nampak sedap dan menyelerakan Hokkaido cupcake yang gebu dan lembut ni. Lagi-lagi ada filling dan topping yang pelbagai rasa tu. Kalau anda nak buat filling kastard, boleh bancuhkan krim kastard atau pun cream cheese dengan whipping cream. Lepas tu kacau sebati.

Kemudian buat lubang di atas permukaan kek, dan picitkan adunan filling ni secara pipping. Begitu juga kalau nak masukkan perisa lain seperti Nutella dan sebagainya.

Lihat je dah menggoda. Bila nak makan tu, boleh picit dan ceduk kek dengan sudu sebab teksturnya lembut dan mulus. Bolehlah nanti buat sendiri Hokkaido cupcake ni untuk santapan keluarga. Selamat mencuba!

 

Sumber: Port Makan

Be the first to comment on "Resepi Hokkaido Cupcake Gebu Dan Lembut. Boleh Buat Bermacam Bentuk Dan Filling."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*