Cara Buat Bingka Ubi Sedap Dan Lembut Untuk Minum Petang.

BINGKA UB1 SEDAP

B4han-b4hannya:

  • Ubi kayv yang dah di$agat sebanyak 4 c4wan
  • Santan kotak 2 c4wan (apa-apa brand)
  • Gula pasir secawan
  • Garam setengah sudu kecil
  • Pewarna kuning sikit

 

CARA PENYEDIAAN BINGKA UBI:

▶️ Sebelum mulakan, panaskan dulu oven dengan suhu 200 atas bawah. Pastikan tanpa kipas.

▶️ Sagat ubi kayu dan dapatkan sebanyak 4 cawan. Saiz cawan tidak kira besar mana asalkan guna cawan yang sama sehingga ke akhir proses.

▶️ Sediakan bekas dan letak ubi kayu yang dah disagat tadi.

▶️ Kemudian campurkan sahaja kesemua bahan lain ke dalamnya. Pertamanya masukkan gula.

▶️ Seterusnya masukkan santan pekat. Kalau nak gunakan santan asli dari kelapa, gunakan perahan santan dari 1 biji kelapa.

▶️ Masukkan garam setegah sudu kecil.

▶️ Dan akhir sekali masukkan pewarna kuning ikut tahap kuning mana kita mahu. Sebaiknya masukkan sikit demi sikit dan lihat tahap warna kuningnya.

▶️ Kacaukan kesemua bahan tadi sampailah gula hancur.

▶️ Sediakan loyang 7 inci, dan masukkan adunan. Ratakan sepenuhnya.

▶️ Biasanya nak buat kuih dalam loyang, kita akan sapukan minyak dahulu kan? Namun untuk bingka ubi ni, tak perlu lagi sapukan minyak. Selepas masak nanti akan mengeluarkan minyak sedikit disebabkan santan pekat tadi. Jadi, mudah je untuk keluarkan dari loyang nanti.

▶️ Selepas dah ratakan adunan, boleh masukkan loyang ke dalam oven yang dah dipanaskan suhu 200 atas bawah tadi. Gunakan rak yang paling bawah dan bakar lebih kurang 1 jam sehingga 1 jam setengah.

▶️ Bergantung juga atas cita rasa masing-masing. Kalau nak bingka yang agak lembut sedikit, boleh masakkan hanya 1 jam sahaja. Kalau nak yang sedikit garing kulitnya, boleh bakar sehingga 1 jam setengah.

▶️ Semasa proses membakar, boleh nampak tahap keperangan lapisan atasnya. Jadi, dalam tempoh 1 jam ke 1 jam setengah tu, ikut suka nak tahap garing macam mana dan boleh matikan oven ikut selera yang kita mahu.

▶️ Selepas dah masak boleh keluarkan loyang dari oven. Sejukkan bingka ubi kita selama 3 hingga 5 jam. Maksud sejuk ialah bukan dalam peti sejuk ya. Hanya di luar sahaja.

▶️ Pastikan betul-betul sejuk. Tak perlu dipotong dari loyang sebab texturenya agak lembut dan lembik. Selepas sejuk, bingka akan lekang sendiri dari loyang.

Mudah sahaja kan penyediaan bingka ubi ni? Gunakan hanya 5 sahaja bahan yang mudah untuk didapati di rumah sahaja. Ubi kayu ni juga bukanlah susah untuk dapatkan. Banyak dijual di pasar raya.

Dengan adanya resepi bingka ubi sedap dan mudah ni, bolehlah nanti kerap buat membuatnya untuk minum petang atau dihidangkan untuk keluarga.

Semasa memotong tu, gunakanlah pisau yang tajam dan rajin mengelap selepas sudah potong tiap satu-satu potongan. Barulah dapat hasil yang cantik sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba!

Be the first to comment on "Cara Buat Bingka Ubi Sedap Dan Lembut Untuk Minum Petang."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*