“Bila Diberi Harapan Rasa Bunga-Bunga.. Sampai bila?” – Akhirnya Erra Fazira Dedah Cerita Sebenar

Erra Fazira mengakui kini hubungannya bersama juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir Zawawi sudah pun berakhir sejak Januari lalu.

Bagaimanapun, keduanya masih kagi berhubung sebagai rakan biasa. Malah mereka turut reda atas apa yang berlaku, meski pernah mempunyai perancangan ke fasa yang lebih serius.

Memetika Utusan Online, Erra mengakui sudah pun move on, begitu juga dengan Shahir.

“Kami dan ‘move on’ dengan kehidupan sendiri. Saya tidak kecewa kerana saya tahu aturan Allah itu baik dan kami masih berkawan tapi tiada lagi hubungan istimewa.

“Dahulu memang ada perancangan untuk bahagia bersama, namun Allah tidak tunjukkan jalan dan tidak permudahkan,” katanya seperti yang dipetik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🎤🎼 Semalammmm.. moto dimana.. moto sama siapa.. ngapain ajaa..🎼😁. . Punya la lamaaaa tak vroom vroom.. panas lik lik ku gagahi jebat!! 😎😅 . . Semuanya demi MINGGUAN WANITA, Astro Prima & prima HD. Isnin-Jumaat jam 11am. . Thank you team. Korang the best!! 😘🥰🤩

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

Difahamkan, hubungan mereka sebelum ini hanya bertahan selama empat tahun dan Erra turut enggan menjelaskan punca di sebalik perpisahan yang berlaku.

Dalam pada itu, Erra menambah, dia tidak berasa sedih dan anggap sudah tiada jodoh antara mereka.

“Sebagai seorang wanita apabila diberi harapan, sudah tentu ada rasa bunga-bunga tapi lama-lama kematangan mengatasi segalanya. Sampai bila?

“Saya tidak sedih, tidak boleh salahkan sesiapa kerana jodoh tiada,” kongsi penyanyi lagu Pasrah yang difahamkan menunaikan haji, Ogos depan.

Foto: Carian Google via Media Hiburan

Be the first to comment on "“Bila Diberi Harapan Rasa Bunga-Bunga.. Sampai bila?” – Akhirnya Erra Fazira Dedah Cerita Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*