Setelah Lama Kunci Mulut Akhirnya Erra Fazira Umum Sesuatu Tentang Hubungannya Dengan Shahir!

Pelakon dan pengacara program Mingguan Wanita, Erra Fazira mengumumkan hubungannya dengan penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi sudah berakhir, lapor Astro AWANI.

Pasangan berkenaan menamatkan hubungan kasih sejak Januari lalu, umum Erra seperti diberitakan oleh portal MHE pada Jumaat.

Menurutnya, sekalipun dia dan Shahir sudah membawa haluan masing-masing namun kedua-duanya masih berhubungan sebagai rakan biasa.

“Kami sudah move on dengan kehidupan sendiri. Saya tidak kecewa kerana saya tahu aturan Allah itu baik. Kami masih berkawan tapi tiada lagi hubungan istimewa.

“Dahulu memang ada perancangan untuk bahagia bersama, namun Allah tidak tunjukkan jalan dan tidak permudahkan,” katanya

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

. Bermula 8th July .. Setiap hari Isnin- Jumaat, jam 11am di Astro Prima dan Prima HD. . #Mingguanwanita bersiaran secara lansung membawa topik2 semasa.. . . Isnin ~ @elizadsharifuddin + @errafazira . Selasa ~ @elizadsharifuddin + @radin_era . Rabu ~ @elizadsharifuddin + @sherry_alhadad . Khamis ~ @elizadsharifuddin + @errafazira + @normanhakim_786 . Jumaat ~ @elizadsharifuddin + pakar motivasi dan panel jemputan.. .

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

Sebelum ini, Erra sering mengelak daripada bercakap mengennai Shahir, namun mengakui dia dan penyanyi itu berkawan baik sejak empat tahun lalu.

Erra bagaimanapun tidak berkongsi apakah punca yang menyebabkan mereka berpisah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Throwback Ramadhan. . . Me n my darling @michaelang38 … Buat larian obor dari set GERAKKHAS ke dapur halal michael Ang! Demi mu Mike!! . . Penghijrahan Mike adalah berita yang paling gembira buat saya.. saya ingat lagi, Mike datang ke rumah.. memberi salam. Saya terpaku.. kemudian dia beritahu yg dia dah bergelar Muslim kini. This was last year.. Ya Allahhhh happy nya dan hampir menitis air mata saya mendengar. . . Saya teringat 3,4 tahun lalu.. sewaktu pengambaran sebuah telemovie, semasa puasa.. Mike tanya kami yg ada dlm set.. KENAPA PERLU PUASA? SEBAB APA? Kita pun jawablah dengan segala macam ilmu yang ada.. last last dia sound kita.. AHHHH SALAH! AKU YG NON MUSLIM NI PUN TAHU.. KORANG JAWAB APOOOO..?!! 🤣🤣 time tu rasa nak pelangkung kepala dia pun ada.. tp sbb kami dah saling memahami .. perbincangan panas itu berakhir dgn baik malah menjdi sessi ilmu yg bermanfaat kpd semua. . . Mike mmg suka berdebat tapi dia bukanlah sejenis kalau salah pun nak menang. Kalau salah dia akui, kalau betul, dia fight! Sayang kau Mike!! Kau mmg kawan yang baik.. . . Sebenarnya byk cerita kalau nak kongsi pasal anak manja yg bernama @michaelang38 ni.. 😁😆 tapi nanti2 lah ea.. simpan sikit.. nanti kita sambung.. .

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

“Sebagai seorang wanita apabila diberi harapan, sudah tentu ada rasa bunga-bunga tapi lama-lama kematangan mengatasi segalanya. Sampai bila?

“Saya tidak sedih, tidak boleh salahkan sesiapa kerana jodoh telah tiada,” luah Erra lagi.

Selain itu, Erra juga turut mengesahkan yang dia dijemput oleh Allah untuk menunaikan fardu haji.

Namun begitu, Erra tidak pula memaklumkan bila dia akan berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Riang Ria Di Hari Raya.. . Korang masih beraya?

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

Sumber: Astro AWANI / MHE

Be the first to comment on "Setelah Lama Kunci Mulut Akhirnya Erra Fazira Umum Sesuatu Tentang Hubungannya Dengan Shahir!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*