‘Kami Dah Ikhtiar Macam-Macam Selama 4 Tahun’, MAWAR ABDUL KARIM Dedah Peny4kitnya Sebelum Disahkan Hamil!

Dulu dia agak skeptikal untuk berbicara soal anak dan rawatan yang dijalankan. Namun setelah bertemu pakar s4kit puan, Prof Dr Hamid Arshat dan pakar motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya perspektif dirinya berubah. Mengambil aura positif kedua-dua insan yang disanjung ramai ini, Mawar Abdul Karim merelakan sisi peribadinya menjadi rujukan masyarakat demi kebaikan bersama.

Bukan niat untuk menunjuk jauh sekali ri4k dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT, bekas isteri kepada Fizo Omar ini berkali-kali menegaskan tujuan sebenar dia berkongsi pengalaman kehamilan kerana mahu memberi inspirasi dan kekuatan buat para wanita yang sudah berkahwin untuk berusaha memiliki zuriat sendiri.

Pertama kali bertemu Prof Dr Hamid Arshat pada Januari 2016 setelah beberapa kali bertemu pakar s4kit puan lain, Mawar dan Fizo akhirnya tergerak untuk mendapatkan rawatan daripada doktor yang disifatkannya ‘The Best Doctor in Malaysia’ ini. Hasil pertemuan itu, Mawar didapati menghidap Endometriosis iaitu satu peny4kit yang berkaitan sistem repr0duksi wanita.

Untuk makluman, endometriosis merupakan salah satu daripada peny4kit s4kit puan yang biasa dialami golongan wanita. Hampir satu daripada tujuh wanita pada peringkat umur di antara 30 dan 45 tahun menghidapinya. Tidak bersifat k4nser, peny4kit ini melibatkan lapisan tisu dalam r4him yang dijumpai di bahagian lain dalam badan seperti bahagian pellvis iaitu pundi, usus serta organ repr0duktif. Ia kerap ditemui di bahagian ov4ri dan otot ligamen posterior yang menyokong uterus. Dalam situasi lebih buruk, boleh menyebabkan kem4ndulan.

Pakar percaya sel-sel tertentu daripada lapisan r4him mungkin boleh melimpah ke belakang di sepanjang tiub fallopio semasa tempoh kedatangan h4id. Sel-sel ini kemudian pekat dan berdar4h dengan setiap kitaran haid. Keadaan ini boleh berkembang menjadi tisu p4rut dan mengikat organ bersama-sama.

RAWATAN

“Dulu kalau ada yang bertanya tentang rawatan yang saya buat, saya selesa dengan hanya jawab ‘buat rawatan biasa saja’ dan tak terlalu detail. Tapi lepas dengar kata-kata semangat Prof Dr Hamid dan Prof Muhaya, saya jadi lebih berani. Bak kata mereka benda dan niat yang baik patut kita kongsi dengan masyarakat. Kita ini nampak luaran sihat cergas tapi dalaman kita tak tahu. Jangan ingat sebelum kahwin tak ada peny4kit ini ya. Ada juga sebelum kahwin pun sudah ada cysst.

Selesai buat rawatan dan buang cysst yang makan masa setahun jugalah, Prof Dr Hamid beritahu jika lepas dua bulan saya masih belum hamil dia sarankan buat IVF. Tapi alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi. Dua bulan selepas rawatan tersebut saya akhirnya mengandung secara semula jadi. Pernah masa awal kehamilan ada seorang customer saya datang jumpa dan cakap sudah 10 tahun berkahwin dan belum ada rezeki anak.

First sekali persoalan dekat dia tentang pemeriksaan kesihatan. Kalau hendakkan sesuatu, kena betul-betul berusaha. Adalah lebih baik kita pergi check dengan doktor. Saya sendiri pun memang dah banyak kali jumpa doktor yang berbeza.

Doktor pertama kata saya tak ada apa-apa masalah, doktor yang kedua pun cakap perkara sama dan suruh elakkan stres. Kemudian, bila jumpa Prof Dr Hamid dan buat imbasan secara terperinci baru tahu peny4kit sebenar saya. Kunci utamanya di sini, jangan bergantung dengan seorang doktor saja melainkan jika sudah buat rawatan susulan dan doktor tersebut tahu sejarah peny4kit kita.

Kena jaga pemakanan terutamanya elakkan fast food selain buat pemeriksaan dengan doktor. Tahun pertama dan kedua tak ada tanda hamil, terus check buat sesuatu. Tak kisahlah rawatan tradisional dan moden, tapi jangan hanya terus menunggu,” cerita Mawar sambil berkongsi kisah Fizo terkena tempias ibu mengandung dan dimasukkan ke hospital kerana munt4h-munt4h serta pening sebelum menerima berita Mawar berbadan dua.

KELAHIRAN SULUNG

Ujar ibu berusia 28 tahun ini lagi, sepanjang tempoh kehamilan dia tidak mengalami sebarang alahan teruk. Mungkin kerana menjaga pemakanan seperti yang dinasihatkan doktor di samping mengamalkan makanan-makanan sunnah seperti buah delima, kurma dan kismis. Tanpa berselindung, Mawar juga mengakui berat badannya bertambah 20 kilo sejak hamil.

“Di bawah pengawasan Prof Dr Hamid, saya dan Fizo turut mengikuti kelas stimulasi bayi. Kelas ini tujuannya untuk rangsang perkembangan bayi ketika masih dalam perut lagi. Bila usia kandungan dah mencecah lima bulan dan bayi mula menendang maknanya mereka dah boleh mendengar. Sejak itu saya kerap berbual dengannya dan buat macam-macam aktiviti seperti yang digalakkan doktor.

Misalnya, bila kandungan dah 7 bulan saya ajak dia respon bila berbual. Bila saya letak torch light dekat perut dan minta responnya kalau nampak cahaya, memang dia akan buat dan mula menendang!  Doktor pun ada beritahu masa sekarang ini jugalah masanya kita pupuk minat mereka. Sebagai contoh, kalau mahu anak bijak berniaga buatlah banyak kira-kira, untung rugi dan segala-galanya. Tak lupa juga, kerap perdengarkan anak dengan ayat suci Al-Quran dan mengaji. Dekat luar negara, kaedah ini sudah lama dipraktikkan oleh bakal ibu bapa.”

sumber : Nona

Be the first to comment on "‘Kami Dah Ikhtiar Macam-Macam Selama 4 Tahun’, MAWAR ABDUL KARIM Dedah Peny4kitnya Sebelum Disahkan Hamil!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*