WHO Iktiraf Sistem Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai sistem kesihatan yang kuat dan liputan yang sejagat (UHC), kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata dalam sorotan berita WHO kelmarin, sistem kesihatan di Malaysia juga diiktiraf mempunyai asas yang kukuh dalam menangani pandem1k COVID-19 melalui pengalaman lepasnya.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghargai pengiktirafan WHO ini dan terus komited dalam memperkukuh sistem kesihatan negara bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara,” menurutnya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 semalam.

Dr Noor Hisham juga berkata WHO dalam satu sidang media pada hari sama menegaskan bahawa vaks1n adalah berkesan dalam membendung penuIaran penyak1t seperti cacar a1r, poli0 dan sebagainya.

“Namun begitu, keberkesanan dan keselamatan vaks1n adalah faktor penting dalam penggunaan vaks1n.

“Perkara ini tidak boleh diambil ringan dan justeru itu, bagi menjamin faktor-faktor tersebut, vaks1n perlu melalui beberapa ujian dan fasa,” katanya.

Beliau berkata sehingga hari ini, masih tiada vaks1n COVID-19 yang disahkan berkesan dan selamat oleh WHO.

 

Sumber : Bernama

 

Be the first to comment on "WHO Iktiraf Sistem Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*