Pelakon Abby Abadi, 43, bertindak menegur semua orang supaya lebih peka dengan makanan yang dinikm4ti.
Abby berkongsi kejadian di mana seorang wanita Islam bertindak memesan makanan dari sebuah kedai makanan yang pemiliknya bukan orang Islam.
Tegas Abby, walaupun terpampang perkataan bebas kh1nzir (p0rk free) di kedai itu namun harus diambil kira cara pembersihan dan penyediaan yang dilakukan.
“Banyak gerai orang Islam di pulau ni. Sempatlah kami makan char kuetiau, air semua beli air tin je. Dan ada juga gerai yang bukan Islam. Dan ada orang Islam tempah juga di gerai itu.
“Mungkin sebab mereka tak perasan atau mungkin sebab dia tulis ‘p0rk free’, wallahuallam. Nak bagitau, ‘p0rk free’ tu tiada vavisss je yang, tapi sembel1han ayam, dagingnya semua macam mana?
“Ambil tahu jugalah ya, fikir jauh sikit okey. Sebab kami duduk betul-betul depan gerai tu, tengok dia hantar nasi goreng dekat wanita bertudung labuh,” tulisnya di Instagram (IG).
Situasi itu berlaku ketika Abby bersama keluarga termasuklah dengan aktor Norman Hakim serta Memey Suhaiza yang bercuti di Pulau Jerejak.
Dalam pada itu, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan menyatakan pemakanan juga boleh menyebabkan hati kita menjadi deg1l dan makin menjauh dari agama kerana sudah menjadi d4rah daging.
“Suami @jaiezzanypun perasan sebab dia pergi gerai tu konon nak tempah apatah, sekali dorang tak pandai cakap Melayu. Suruh tunjuk gambar je. Ternampak ‘p0rk free’, tu yang jadi topik sembang kami semalam.
“Bila tersembang tentang halal haram ni, kita sebagai umat Islam kena lebih menjagalah ye tak? Sebab apa yang kita makan akan menjadi d4rah daging kita.
“Memang kita makan kedai yang takde halal, yang p0rk free, elok je lagi, tak m4ti, boleh bercakap semua.
“Tapi dalam tak sedar, hati kita ni makin degil atau makin menjauh dari Islam.
“Kita sebagai umat Islam, kalau ada gerai orang Islam, itu patut jadi pilihan. Kalau dah darurat sangat, takda makanan, tak makan boleh m4ti, jadi dibolehkan, dengan syarat pilih-pilih la juga makanan yang dijual,” tulisnya lagi.
Be the first to comment on "Abby Abadi Tegur Orang Yang Suka Makan Di Kedai ‘Pork Free’"