Pelakon cantik, Zahirah Macwilson mengesahkan dia sedang hamiI anak sulung hasil perkahwinannya dengan Aiman Hakim Ridza.
Zahirah mengumumkan berita gembira itu menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.
Menerusi posting tersebut Zahirah memuat naik gambar keadaan bay1 menerusi imbasan ultrasound.
“6 bulan membesar anak kecil kami.
“Ibu dan ayah tak sabar nak jumpa kamu,” katanya.
Di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Zahirah dan suami serta tidak sabar mahu menantikan keIahiran cahaya mata pertama mereka.
Selain peminat, rakan artis juga tidak ketinggalan memberi kata-kata positif dan antara yang kelihatan termasuklah Eyra Hazali, Lisa Surihani, Elfira Loy, Aeril Zafrel dan ramai lagi.
Sekadar info, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dalam sebuah majlis pernikahan tertutup di Petaling Jaya.
Sumber: Gempak
Be the first to comment on "“Tak Sabar Nak Jumpa Kamu” – Tahniah, Zahirah Macwilson HamiI Anak Sulung"