“Saya Dah Move On!” – Alya Iman Harap Hubungan Ke Jenjang Pelamin

Pelakon baru Alya Iman, 19, akui selesa menjalin cinta dengan kekasihnya, Ridhwan Rosli.

Malah, anak kepada pelakon lagenda AIIahyarham Azmil Mustapha ini juga berharap agar hubungan mereka berpanjangan hingga ke alam perkahwinan.

“Kami mengenali antara satu sama lain dengan baik sejak bulan Jun lalu, tetapi saya sudah tahu kewujudan dia lama sebelum itu.

“Ridhwan pun cakap kalau ada jod0h tak kemana, jadi, kita doa yang baik-baik, kalau boleh saya pun nak panjangkan hubungan kami ini hingga ke jenjang pelamin, Insya-Allah,” kata Alya.

Alya berkata demikian ketika ditemui di Laun-Jink Party di Black Box MAPKL, Publika baru-baru ini.

Bercakap mengenai kontr0versi mengaitkan seorang ahli perniagaan yang juga suami orang sebelum ini, Alya mengatakan dia sudah ‘move on’ dan tidak akan mengulangi kes1lapan sebegitu lagi.

“Bagi saya, bila perkara sudah jadi sekali, orang akan cari keburvkan atau kesaIahan, apa yang saya buat betul pun orang boleh cakap salah.

“Jadi, saya pun terima sahaja, saya tak mampu kawal keadaan sebegini, yang penting saya sudah beri penjelasan kepada orang-orang yang saya rasa penting dan saya sudah ‘move on’.

” Saya dah buat s1lap dan tak akan ulang semula kes1lapan itu, bab komen ataupun kr1tikan dari netizen, saya tak mahu ambil hati sangat,” katanya lagi.

Terdahulu, Alya mend4kwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.

Kontr0versi semakin pan4s apabila isteri kepada ahli perniagaan itu tampil memberi kenyataan.

Namun, Alya kini telah meningg4lkan kisah silamnya itu dan meneruskan kehidupan dengan pengganti baru.

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Saya Dah Move On!” – Alya Iman Harap Hubungan Ke Jenjang Pelamin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*