“Pendapatan Dari Youtuber Banyak Yang H4ram” – Ustaz Abu Syafiq

Pend4kwah sensasi, Ustaz Abu Syafiq berpendapat pendapatan hasil menjadi seorang Youtuber kebanyakkannya har4m.

Menurut Abu, pekerjaan itu tidak menjamin kesenangan hidup di muka bumi ini.

“Pendapatan dari Youtuber ada halal ada har4m. Namun kini banyak yang har4m juga. 

“Menjadi seorang Youtuber bukanlah menjamin kesenangan hidup duniawi. 

“Lebih ramai Youtuber yang merana berbanding yang okey sedikit,” tulisnya di Instagram (IG).

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pendapatan dari Youtuber ada Halal ada Haram. Namun kini banyak yang haram juga. Menjadi seorang Youtuber bukanlah menjamin kesenangan hidup duniyawi. Lebih ramai youtuber yang merana berbanding yang ok sedikit. Banyak kerja diluar sana yang memerlukan anda. Jauhi fitnah youtuber yang jenis sering memfitnah. Beryoutuberlah secara Halal dan tidak menyusahkan diri sendiri dan keluarga

Siaran dikongsi oleh Ustaz Abu Syafiq (@ustazabusyafiq) pada

Tegas Abu, seeloknya jauhkan diri daripada fitn4h kerana di luar sana banyak kerja lain yang boleh dilakukan.

“Banyak kerja di luar sana yang memerlukan anda. Jauhi fitn4h Youtuber yang jenis sering memf1tnah.

“Beryoutuberlah secara halal dan tidak menyusahkan diri sendiri dan keluarga,” tulisnya lagi.

Walaubagaimanapun, Abu tidak menyatakan siapa gerangan yang ditujukan. 

Antara youtuber berjaya di malaysia

YOUTUBER dan pelakon, Syahmi Sazli tidak terkesan dengan cakap-cakap segelintir pihak yang mempertikaikan kemampuannya untuk mengarahkan filem Mael Totey.

Syahmi Sazli Production (@syahmisazliproduction): Youtube Gold ...

Syahmi, 25, atau nama sebenarnya Muhd Syahmi Sazli berkata, dia menjadikan kata-kata negat1f yang diterima sebagai semangat untuk menghasilkan yang terbaik.

“Disebabkan suara-suara itu juga memberi semangat pada saya untuk membuktikan yang mereka sal4h. Walaupun saya bukan pengarah hebat macam orang lain, tapi saya boleh buat.

“Saya menggunakan sepenuhnya pengalaman yang ada sebagai Youtuber untuk mengarah. Dalam masa sama, saya menggunakan khidmat kru yang memang terbabit dalam bidang perfileman untuk membantu.

“Pun begitu, saya tetap terharu sebab ramai orang hebat industri yang memberi kepercayaan kepada saya. Ia sekali gus menaikkan lagi semangat saya untuk menghasilkan filem ini,

Syahmi yang juga pelakon filem Syif Malam Raya berkongsi, filem Mael Totey itu pada asalnya mahu diterbitkan dalam drama bersiri bagi tayangan sebuah stesen TV.

“Pada asalnya ini saya menghantar dua karya ke stesen TV iaitu Mael Totey Siri dan Drama Spontan. Tapi, yang diterima hanya Mael Totey Siri. Namun, disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia tertangguh.

“Kemudian, filem Syif Malam Raya pun ditayangkan. Alhamdulillah, saya mendapat banyak maklum bal4s posit1f selain mereka menggalakkan saya untuk mencuba mengarah pula. Dari situ saya bertambah semangat dan yakin.

“Lagi pula, selepas muncul dalam filem itu saya mendapat dua tawaran berlakon filem dan mengarah satu filem. Tapi, saya fikir semula apa kata buat filem sendiri sebab saya memang ada produksi sendiri. Dari situ, saya terus tukar skrip dan jadikan ia filem,” katanya.

Menurut Syahmi, anggaran keseluruhan filem sulung terbitan syarikatnya, Syahmi Sazli Production itu antara RM300,000 sehingga RM400,000.

“Kalau ikutkan wang simpanan saya tak cukup, tapi mujur ada isteri yang membantu. Kiranya, sekarang ini saya pinjam daripada dia pula,” katanya.

Filem itu bakal memulakan penggambaran pada 12 Julai ini dan dijangka ditayangkan di saluran Astro First pada Ogos atau September ini.

 

Sumber:Gempak/My Metro

Be the first to comment on "“Pendapatan Dari Youtuber Banyak Yang H4ram” – Ustaz Abu Syafiq"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*