Foto Ismail Sabri pot0ng kad kredit tular lagi, ramai tabik pendirian Pak Long menent4ng kez4liman di Palestin… ini respon tuan badan

SOSOK ini semakin menjadi tumpuan umum sejak diangkat menjadi Menteri Kanan (Keselamatan), di mana beliau memainkan peranan yang besar sewaktu kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penul4ran Cov1d-19.

Beberapa bulan lalu, saban hari rakyat Malaysia akan setia berada di depan televisyen bagi mengkuti perkembangan mengenai pelaksanaan PKP.

Berdiri mengenakan persalinan ceria, dengan gayanya yang tenang, teliti dan sesekali menyelitkan unsur humor dalam menyampaikan maklumat menyebabkan Datuk Seri Ismail Sabri menjadi sal4h seorang pemimpin kesayangan rakyat.

Terbaharu, rakyat sekali lagi menyanjungi dan mengkagumi keperibadian menteri ini lantaran pendirian tegasnya menent4ng kezal1man ke atas rakyat Palestin.

Ia susulan tersebarnya gambar menunjukkan dirinya menggunting kad kredit Bank HSBC dan sepucuk surat bersabit pembatalan kad kredit dari bank berkenaan.

Mungkin ada yang masih tidak mengetahui bahawa sebenarnya ‘peristiwa’ tersebut berlaku enam tahun lalu, ketika Ismail merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Keperibadian Ismail yang tenang dan teliti ketika menyampaikan maklumat dan perkembangan mengenai PKP dikagumi rakyat.

Namun, dek kerana popularitinya yang lebih terserlah pada ketika ini, perkongsian tersebut menjadi v1ral semula di Facebook sehingga mendapat perhatian tuan punya badan sendiri.

“Semalam banyak vir4l di media sosial. Sebenarnya peristiwa berlaku pada 2014. HSBC London mengumumkan menutup semua akaun penyumbang kepada Palestin kerana mengaitkan pejuang Palestin sebagai kumpulan penggan4s.

“Ini merupakan satu ketidakadilan kepada perjuangan rakyat Palestin yang berjuang membebaskan negara mereka yang terjajah dengan sokongan kuasa besar dan menghal4lkan kekejaman yang terus berlaku terhadap rakyat Palestin,” tulisnya pada satu perkongsian pada petang Ahad.

Penampilan Ismail dalam sidang medianya sering mencvri tumpuan ramai saat muncul di kaca televisyen.

Tambah Ismail, tindakannya memotong kad kredit HSBC itu merupakan satu simbolik penent4ngan terhadap tindakan tidak profesional bank berkenaan yang menyokong kek3jaman terhadap rakyat Palestin.

“Saya tahu tindakan itu tidak akan mengh4ntikan kekej4man Israel kepada rakyat Palestin tapi sekurang-kurangnya saya dapat menzahirkan perasaan saya,” katanya lagi.

Perkongsian Ismail dibanjiri ratusan komen netizen yang rata-ratanya menyokong penuh pendirian tegasnya itu.

Antara komen netizen yang menyokong pendirian beliau.

“Tak kisah cerita lama atau baru, kami sokong Paklong,” komen seorang netizen.

“Alhamdulillah Paklong. Semoga menjadi asbab kebaikan di akhirat kel4k,” komen seorang netizen lain.

“Terbaik Datuk. Moga ketegasan dan kelakuan yang baik menjadi contoh dan tauladan buat semua Muslimin dan Muslimat,” tulis yang lain pula.

Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih 304 shares.

 

Sumber:Mstar

Be the first to comment on "Foto Ismail Sabri pot0ng kad kredit tular lagi, ramai tabik pendirian Pak Long menent4ng kez4liman di Palestin… ini respon tuan badan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*