Ebit Lew kena k3cam gara-gara foto yang dia ambil di pasaraya Elewsmart

Cyberjaya – Pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew dikec4m para penyokong DAP yang tidak berpuas hati dengan tindakannya memuatnaik gambar snek makanan ringan ‘Super Ring’.

Ebit Liew pada Jumaat, memaklumkan mengenai pembukaan cawangan baharu pasaraya ElewsMart di Cheras dan Cyberjaya di laman Facebooknya.

Melalui makluman tersebut, beliau turut memuatnaik gambar yang memaparkan dirinya sedang memegang ‘Super Ring’.

Beberapa orang penyokong DAP kemudiannya membid4s tindakan tersebut kerana disifatkan sebagai menyindir Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng yang did4kwa atas kesalahan rasvah.

Tinjauan SuaraTV mendapati, muatnaik tersebut kemudiannya dihapuskan oleh pengendali laman Facebook Ebit Liew bagi mengelakkan sebarang salah faham.

Terdahulu garis masa media sosial dipenuhi dengan pelbagai gelagat ahli politik dan masyarakat yang memuatnaik gambar ‘Super Ring’ bagi meraikan berita pend4kwaan Guan Eng.

Antaranya bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak; Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan; Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar; Penceramah bebas, Ustaz Ahmad Husam Dato’ Baderuddin serta ramai lagi.

Untuk rekod pasaraya ElewsMart yang menawarkan harga murah itu, merupakan sebahagian daripada usahanya untuk membantu orang susah di negara ini.

Guan Eng dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertvduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM) 2009.

Mengikut pertvduhan, ketika menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng did4kwa telah secara rasvah meminta bagi dirinya suatu suapan, iaitu balasan berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh kelak daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Ia sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

 

Sumber : SuaraTV

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment on "Ebit Lew kena k3cam gara-gara foto yang dia ambil di pasaraya Elewsmart"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*